When ALLAH brings you to it, HE will bring you through it... (=

Wednesday, June 10, 2009

- mecca.i rinduu -





terkenang mecca!!hmm.belum ada sebarang c0retan tanah suci kan?
cuma madinah yg berkesempatan temp0h hari.mari!cerita2 sikit ea.
ubat penawar winduu.heeee~




hari pertama di mecca bermula malam hari.menjejakkan kaki di bumi mecca selepas perjalanan menaiki bas dari madinah.brg2 sumbat di bilik dulu.makan.dan turun kemudiannya.



terus umrah kali pertama.sedikit gementar.sedikit excited!campur2 rasa...




rasa pertama kali itu sering menggegar jiwa.hebat getarannya.untuk kali ini juga!








CHERITA kali pertama

di hadapan masjidil haram



sukar terungkap rasa kali pertama menjejak kaki di masjid al-haram.melalui pintu masuk affan.masyaAllah!indahnya rumahMu ini.dan ini.kali pertama melihat kaabah.*saya gumam*

hebat bercinta!
20 tahun baru peluang ketemu.




melihat dari dekat.hari2 t0nggang-tonggek s0lat fardu yg lima. baru kali ini melihat kiblat yg dihadap sekian lama.jiwa tenang!hebat penangan bumi ini.
saya tunduk!Agungnya Pencipta;dan hinanya aku yang tercipta...

malam itu terus juga umrah kali pertama.niat ihram sudah di Bir Ali petang td yg dlm perjalanan ke Mecca.makanya kami melakukan rukun2 umrah yg seterusnya slps niat.


~tawaf 7x keliling kaabah
~saie antara safa dan marwa 7x
~bercukur dan tahallul


umrah yg pertama kali dibimbing mutawif.agak sedikit kurang penghayatan yg pertama kali ini. masih kabur sedikit sebanyak.tak mengapa.ini penangan kali pertama.

sejurus selesai tawaf; kami berhenti menghadap kaabah seketika.pandang.senyap.

cuma setitik dua air mata yg melafazkan kata.

dalam bahasanya sendiri.

itu.

lafaz isyarat syahdu.


kamu patut ada.dan akan kau tahu rasanya.menusuk.mencari pintu hati yg paling dalam se0rang insan. dan kau akak terus tertunduk.melafaz syukur...

selesai saie yang berulang-alik.helaian rambut yg lebih tiga dip0tong.selesai.umrah.yg kali pertama!


CHERITA jatuh



dua kali.lebih dari satu itu sudah bisa dikira banyak bukan?haha.mungkin penghapus d0sa2 lampau.hmm.satu di tangga masjid ketika terkejar2 watu yg subuh.st0kin licin mungkin. terjelepuk aku!kuat bunyi.hingga emak yg di depan terkejut.haha.mamai2 berjalan terima padah jua aku.
yang kali kedua lebih asyik barangkali.selepas zuhur.tersungkur di depan tangga utk naik ke h0tel.tgn yg satu memegang telef0n;yang satu memegang 'mata chermin hitam'.aduhh. k0tor sedikit telekung yg putih.dan kali ini ada tinggal kenangan.

lebam di lutut kanan!

indah 0le-0le yg satu ini.

l0l =p


CHERITA ziarah



bukan sekadar umrah.turut berziarah di sekitar k0ta.hari yg keberapa kurang pasti cuma yg pertamanya singgah di muzium.melihat bahan2 menarik.pintu kaabah.telaga zamzam.insan yg menenun kelambu kaabah.mcm2 lagi.menarik!

dan kemudian ada menyinggah di ladang unta.sempat berkenalan seekor dua dan f0t02 bersama.maklumatnya kata si unta ini bersifat pendendam.jika kau sepak kakinya sebelah.mungkin si unta diam.tapi tunggu.walau sepuluh tahun lagi kau datang.dia akan ingat. dan kali ini kaki kau yg bakal disepaknya.huhu.dendam si unta!0h oh.Al-Kashwa merupakan panggilan unta kesayangan Rasulullah SAW yg merupakan tunggangan baginda dahulukala.


di ladang unta;selain melihat gelagat mereka.sempat juga merasa susu unta.seteguk sahaja. itupun teguk yang sedikit.jangan salah faham!mungkin enak bagi yg gemar.cuma bukan aku. yang memang kurang minum susu segar.walau susu lembu putih yang dlm k0tak itu. memang aku begitu =p


piece di ladang unta.lol


CHERITA ziarah bukit



mungkin hari yang sama.tapi rasanya tidak.keran ini dua kali berniat miqat di tempat yang berbeza.di atas tadi niat di Miqat Hudaibiyah.yang ini niat di Tanaim tak silap.




perigi anak panah



dan ziarah sempat juga melawat bukit2.ada ke bukit Tsur.namun tak mendaki.sekadar berjalan2 lihat keliling.dan sempat juga mencapai satu kain selendang hitam berbunga.dan abah seutas tasbih.




dicandid~gerai sekitar bukit tsur!


ada jua ke Jabal Rahmah.Katanya sini tempat pertemuan Adam dan Hawa kembali.dan yang ini,kami berempat naik ke atas.tangganya tidak terlalu banyak.bukitnya tidak terlalu tinggi.sedang-sedang saja.dan di sekitar anak-anak tangga,turut ramai yg mengambil kesempatan berniaga, tidak kurang yang meminta sedekah.


oh.mereka kata sini mujarab.tempat p0hon jodoh.haha.


sekadar bicara sikit2.p0hon agar setiap pertemuan itu membawa kebaikan.dalam hidup.mungkin kamu bisa kalau berkunjung nanti.heeee


di bawah bukit juga terdapat unta2 yang sedia ditunggang.0wh.pasti dengan bayaran.sekitar 5-10 riyal.cuma saya kurang berani.dan bertelekung ini agak sedikit menyulitkan untuk memanjat si unta.biar si adik seorang lah.cuma.saya masih gemar berfoto.heee






CHERITA Hajarul Aswad




dalam tawaf.setiap kali lintasi rukun hajarul aswad;hanya bisa melihat dan melambai dari jauh. teringin melihat dekat.abah dan adik dah mencium.emak juga semalamnya.yang pergi waktu aku tiada suci.adeh.mahu juga!emak sekali cuba sudah peluang.mungkin rezekinya berkat solat hajat subuh itu.abah dan adik main rempuh.tiga kali cuba baru peluang.



hukumnya cuma harus bagi yang perempuan.

sunat bagi lelaki.



dah suci,aku cuba.ditemani sama emak.cuba masuk ke hijir ismail.masih berasak dan merempuh.cuma waktu itu waktu dhuha. maka agak mudah jalannya.dapat juga sembahyang sunat 2 rakaat dan sujud memohon lama di bawah pancur emas.alhamdulillah.hampir menangis waktu itu.


sudah.mampir ke hajarul aswad.terlihat kerumunan yang banyak.tapi ini aku semangat. cuba mencari2 ruang.sudah dapat sedikit ke hadapan.di celah-celah perempuan yang bangsa lain. terkepit di situ.wah.agak sukar juga rupanya cubaan ini.terasa sakit tulang rusuk diasak-asak mereka yang di kiri kanan depan belakang.ada yg sudah dapat.tak dapat pula keluarnya.aduh. kenapa tak saja ada yang beratur.kan lebih mudah urusannya?adeh.



beberapa lama.peluh pun sudah.kali ini sudah bisa memegang.cuma kel0ngsongnya saja. beberapa inci saja lagi.cuba mencapai...dan capai...dan..ahhh.ade perempuan berbaju biru memotong.aduh.sikit lagi.dan lepas itu.yang lelaki terus berasak2.macam tidak ada harapan lagi nampaknya.walau hanya berapa inci.mungkin ini katanya tiada rezeki.aduh.pulang sudah ke h0tel saje.

CHERITA berangkat pulang



sedih untuk meninggalkan bumi Mecca.berat hati itu terasa.terutama ketika tawaf wida' dan selepasnya.sempat mencium lantai dan sujud panjang sebelum meninggalkan sana.dan sempat juga menikmati air zamzam dalam kawasan masjid untuk yang terakhir kalinya.bagi umrah kali ini mungkin.


pasti lewat lagi di sini satu hari nanti.insyaAllah.



akhir di lapangan terbang Jeddah~









No comments: