When ALLAH brings you to it, HE will bring you through it... (=

Thursday, December 22, 2011

Things that we can learn from a pencil =)



I found this in a magazine and i think it is nice! that is why i wanna share this;

because i once heard, sharing is caring =)



1) Pencil helps many people to write and do great things in their life. Everyone starts with a pencil before they know how to use a pen. But we have to remember, in order for a pencil to show its greatness, someone have to hold it. Same as life. There is always a power that hold our life, leading us to a better pathway...
Allah S.W.T =)


2) After writing for so long, we have to stop and sharpen a pencil. It might hurt the pencil, but we need to do it so that we can continuously write and of course a sharp pencil will produce better hand writings. Well life might hurt you a bit and sometimes a lot, but with Allah's help, bitter things make you a better person.
kan? =)


3) We often write the wrong things. Accidentally. But by using a pencil, we can erase the mistakes and write a new thing. The right one! This is what we need in our life; A correction. Pengampunan Allah tu kan luaaaaaaaas sangat? =)


4) Which one is more important? The pencil's cover or the carbon inside it? A pencil without a carbon is not a pencil. Therefore be careful with all the bad intentions and unhealthy feelings inside your heart. =)
'Envy is something that will burn all your good deeds just like fire burning the dry leaf' (Al-hadith)


5) A pencil always leave marks and lines. Same as human, what we do will always affect other people. Be careful not to hurt other people feelings; be wise in making decisions; and the best human being is the one that always give benefits to other human beings =)





Thank you pencil! Definitely a good teacher! =p

Friday, November 11, 2011

Aidiladha : antara kuku yang yang hampir terkorban dan pengorbanan mereka

Assalamualaikum...


Hampir dua minggu sudah berlalu nya Aidiladha kan. Mungkin sebahagian para jemaah haji di Mekah Al-mukarramah pun dah dekat tarikh nak balik Malaysia dah. Alhamdulillah, lepas dah rukun islam yang kelima. Kita? Hee belum berkemampuan tak apa. Tapi rukun satu sampai empat tu kita jaga baik-baik taw.


Raya korban org duk pakat-pakat korban unta, lembu, kambing, kibas? (taa tahu rupa kibas macam mana), ayam tak masuk kira taw. Hanisah tak ada lah terlibat gotong-royong korban ni. Tapi insiden mlm sebelum raya yang hampir-hampir nak mengorbankan kuku kaki kiri adalah. ouch!

haa haa apa jadi sebenarnya?



Konon-kononnya malam tu nak lah tolong-menolong memasak apa yang patut kan. Rendang daging dan kari ayam memang dah jadi menu wajib raya dah. Nak buat kari ayam, kena lah ada ayam kan. (ape ape ntah? =.=') tgh khusyuk2 nak tarik plastik ayam yang melekat kuat dalam peti ais tu..... eh... berjaya pun tarik!


tapi tiba-tiba...




adoi!haa dapat kau 1kg daging keras dlm peti ais jatuh join terjun dari peti ais sekali. Mungkin daging dah lama teringin nak buat aksi mcm tu. Tension lama sgt frozen dlm peti ais agaknya =.='

daging dah keras mcm air batu yaww! heh exaggerate habis lah kan letak gambar arctic :p



Cantik je landing atas kaki. Tak sempat nak jerit sangat pun. Tau-tau je dah biru. Biru yang mcm pakai cutex tu. Sakit nya Tuhan je yang tahu. terlompat-lompat nak tahan sakit. It is an excruciating pain that cause dizziness and even stimulate the vomitting centre. nauseated. Yang ni memang betul-betul punya sakit. Now i know well what is the physical pain that most of the patients are going through. Tapi mungkin different type of pain lah kann.

Abah terus cari mana-mana klinik yg bukak mlm tu. Tapi mcm lah ada kan. Esok nak raya lah! Dalam kereta dah ternangis dah. Not because of the pain, tapi sedih lah bila terasa diri asyik menyusahkan mak abah. I hate myself for being careless. Tapi after all, benda dah nak jadi kan...
Malam tu tidur dgn bertahan selepas telan 2 biji panadol. More to psychological effect i think :p


***cut story***

esok terpaksa lah pergi clinic. Now i know how to manage kes-kes mcm tu. ecehh! The doctor poke my nail with this needle. (yg dipanaskan dgn api lighter ok) Slpas beberapa kali mencuba, haa terpancut darah banyak banyak. The doctor explained that she need to do that to reduce the pressure. She prescribed me with Mefenamic Acid (zatil ckp painkiller ni org selalu guna utk period pain lah! ye ke? heh taa tahu laa! ) and papase to reduce the swelling.


For few days lah jugak jalan-jalan, tiba-tiba kapas putih tu bertukar warna jd merah. bleeeeding yawww! risau jugak lah hati. Solat pun kena solat atas kerusi mula-mula. Haa rukhsah itu untuk meringankan, tapi bukan bermakna buleh ambil ringan taw! :)

Ok lah ok lah banyak sgt cherita pasal sakit nya. Sebenarnya yang paling terharu bila mak risau sangat tengok anak dia jalan dengkut-dengkut nak naik bas seorang-seorang.

" Heee taa apa lah mak. jangan risau. Jehan boleh punya jalan perlahan-perlahan sorang-sorang."

Tapi mak kan. Mesti lah dia risau tengok anak dia yang tak sihat. Tengok-tengok je dia dah semangat dah kemas pack barang nak naik bas sama-sama balik Ipoh. Mak cakap nanti sampai sana dia ambik lah bas lain dan balik rumah sorang-sorang. (semangat je mak ni! ) =p

Mula-mula nya tiket dah habis dah pun.tettt! tapi last-last minute, ada laa pulak orang cancel. Maka, jeng3. sama-samalah naik bas sampai Ipoh. Mak ikut sampai Taiping kowt. Tup-tup pulak petang tu abah pun sampai Taiping dengan kereta sebab risau nanti mak pulak kena balik dengan bas sorang-sorang.

Haha comel je bila orang lain pun risau kat orang lain yang tengah risaukan orang lain! teehee :p


Kesian mak abah. mesti penat punya dengan perjalanan jauh nya, dan macam-macam lagi lah insiden2 sepanjang perjalanan...

Dengan cherita mak abah tawaf jalan kaki satu hospital taiping nak cari kereta bawa pergi bengkel lahh. macam-macam pun ada. Rasa bersalah sangat waktu tu sebab mak abah tak bagitahu pun. T_T


Disebabkan waktu-waktu yang macam ini lah, kadang-kadang rasa sedih sangat bila ada masa-masanya kita tak mampu menjadi anak soleh solehah padahal Allah dah berikan sebaik-baik ibu bapa buat kita semua. Mungkin ada yang kurang bernasib baik tapi semua yang berlaku itu kan di bawah ketentuanNya? Kita tak nampak kebaikannya tak bermakna perkara itu tak baik buat kita...

kan?

hmm...



We are too busy growing up, forget that our parents are growing old.

We can't never pay them back in the exact same amount of love and care because precious love are priceless. But if we are able to spend time with them, give them a call, be a good son and a good daughter... well i think that is the happiness that they are searching for :)





p.s : Alhamdulillah my toe nail dah beransur sembuh. Dah tak bengkak dan tak ada bleeding dah. Terima kasih buat pihak-pihak prihatin, tukang bagi nasihat, tukang tolong buat dressing, tukang bebel bila tak makan ubat, tukang risau dan semua krew-krew terlibat! hee i did appreciate your concern. macehh! :)

Monday, October 31, 2011

beautiful ^^

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah minggu ni mungkin dapat bernafas dgn lebih sempurna. Sepanjang minggu ni, tutorial semata-mata ok. maka tak perlu lah nak ke hulu ke hilir cari patient mana yg nak kena clerk en. (gaya ckp bernafas sempurna mcm lah spjg minggu bedside tu bernafas guna ventilator kan.) heh :p


So basically i'm done with two weeks of PICU and Paediatric ward posting in Ipoh Hospital which I think a really memorable and expensive experience. *I did write something bout my PICU posting in the previous post in case u want to know what is it basically about.*


Currently i'm in tutorials week - bengang jgk tak sempat nak selak buku sgt tiba-tiba dh kena belajar mcm-mcm balik. ngaaaaaaa. *its me ---> who dont know how to use my time wisely!* =.='

and after aidiladha, i will continue my posting in Taiping Hospital! :)




During my two weeks of posting, I managed to see many 'gifts' from Allah to those married couples. Babies, infants, toddlers, and children. All of them are gifts. They makes a word of 'family' sounds to be completed and meaningful by their presence...


Of course it was such a pain to see a cute boy on tracheostomy or a pretty little girl who cried because she cannot stand the pain. But when they managed to recover from their illness, the first smile that they give to you is like a magic cure for a sick heart... SubhanaALLAH ^^


I still remember on this one evening, I was sitting in the clinics while waiting for my turn for clinic session. A cute girl inside a stroller passed me by with smile. I smiled back and asked her name. She replied with happy tone. I tried to make a conversation but suddenly she wanted to follow her brother to get her medications in the counter. Her mother smiled at me. It was a hi-hello start that turned out to be a meaningful conversation. Her mother said that she was suffering from some neurological problem that caused her to be different from others. She cannot walk but she is a talkative and brilliant child. I'm touched to know that by the age of
4 years old, she managed to read the first few ayat from Surah Yassin...


Yes, she is different from others... and that difference makes her more beautiful than us. :)




SubhanaAllah...

Dalam kekurangan itu kita melihat keindahanNya...





Wallahualam...

Rasulullah S.A.W bersabda ; setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah (suci) tetapi ibubapa nyalah yang menentukan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi (Riwayat Ahmad)


Tuesday, October 25, 2011

di mana kita letakkan Allah di hati kita?




dan sesungguhnya seluruh kehidupan hamba Allah di dunia ini adalah untuk mencari redhaNya...

maka apabila setiap kegagalan yang kita tempuh dan setiap kejayaan yang kita raih itu tidak mampu membawa kita untuk dekat denganNya...






apa mungkin kita terlepas pandang...


untuk hidup dengan sebenar-benar erti kehidupan?

Saturday, October 22, 2011

one memorable week of PICU posting!

Assalamualaikum...


Macam yang semua org pun tahu, (ye la ye la tak semua org tahu.isk.) Hanisah sekarang tgh posting Paediatrics! For clearer picture, yes it is a posting where you can meet lots of cute babies and toddlers. Actually newborn until 18 years old can be consider under Paediatrics. (yes i'm 22 of course lah dah tak paediatrics sgt kann.heh!)

Before i move on, let me explain some of the Paediatrics terms! it is interesting to gain new knowledge while reading rite?hik2 :p



taraaaa~here are the interesting terms for you to remember! =)



fetal/fetus : it refers to child/babies yang dalam perut punya.

neonates : babies less than 27 days

infant : babies less than 1 year

toddler : hee i'm not really sure the age group.anyone knows, tell me taw!

adolescent : ala2 dah sekolah menengah? (13-18 years old)

term baby : 37-40 weeks gestation

post term baby : more than 40 weeks of gestation *some books put 41 weeks*

premature baby : less than 37 weeks gestation (this premature baby hv to put in incubator!)


Fuhhh. cukup2 dulu ok kita belajar terms. mana-mana ada silapsalah betulkan taw. nanti ada rezeki, kita belajar terms lagi okay
:)


So since this is my first posting, mula2 agak kalut la
h jugak nak carik bilik2 dan ward2 kanak-kanak ni ada kat mana kan. Kawan-kawan yg next nak PICU posting, here are few rooms and session you need to know.

For PICU posting, u go to the hospital. masuk lif (k
alau nak exercise naik tangga pun boleh juga. Tambah kecergasan gitu. ) Press button 6. Tunggu sat. Pintu lif pun akan terbuka.

taraaa... sampai dah tingkat 6!


Usually we clerk patient in ward 6A rite. But for PICU posting, tak boleh taw.
But you can go to :

1) SCN (Special Care Nursery) : level 6, opposite tangga. yang ada pintu automatik tuh!


Usually in this nursery they placed premature babies or babies with neonatal jaundice. All babies having ne
onatal jaundice kena di phototherapy kan. Yup pandai! yang bawah lampu biru tu laa!


Besides that, in SCN, u can also ask the nurse to teach you how to bottlefeed the babies. (dalam logbook ada taw procedure ni.hehe) So actually we went there yesterday. Aaaa baby semua sangat kecil dan comel. Kekok laa jugak masa mula2 nak pegang and bottlefed kan mereka. Orang tak ada adik kecil dan belum ada anak memang macam tu kowt. LOL :p I should practise more! haha. Semalam bagi separuh je.heeee.tak biasa lah pegang baby yg baru berapa hari tu.





Yang comelnya, baby ni suka tidur time kita bottlefed tu. So we have to wake them up! Kalau tak, nampak gayanya berjam-jam lah kan baru boleh kosongkan botol tu.ngaaaa~ Lepas minum susu tu, kita kena urut2 belakang baby sekali sampai dia burp! *heee baby dah kenyang!* :p


Tak senang ok nak bottlefedkan baby ni rupanya. Mencabar! Tapi kalau dah hari-hari buat nanti okay kowt. Dont worry future doctors and future mothers! eheh :p



2) PICU : sebelah SCN tu ada lorong ke kiri kan. Go left, straight until the end of it. Kat hujung nanti, masuk sebelah kanan. Sampai dah! =)


Actually it is divided into few rooms!

1) PICU (Paediatric Intensive Care Unit) - Tak boleh masuk ramai-ramai taw. Put all your things dalam locker dulu.

2) HDU (High Dependency Unit) - Usually they placed chronic illness patient here. Some of them are attach to IV fluid (usually normal saline) and usually we monitor their oxygen saturation and heart rate using Pulse Oximeter!

3) Isolation room - Patients were isolated because either we can infect them (some are immunosuppressed patient) or they can infect other people.

Mula-mula memang rasa cuak sikit sebab all patients are really ill. Thats why we have to make sure we are clean enough to enter.HOW???


  • For girls, we have to pinned our tudung attached to the blouse/bajukurung etc. Jangan biar tudung tergantung2 terbang2. hee :p
  • Roll your sleeve! (we do it because we do not want to worsen patients condition by being the source of infection)
  • Wash your hand with sanitizer before and after you enter the room and have contact with patients.
  • They already provide every patient with their own stethoscope. Use only that okay.
*better do before the Sister ask you to do so! *




Next room you can enter is NICU (Neonates Intensive Care Unit). Orang cakap depan labour room je. But I haven't go there lagi laa.Tak dpt nak share apa-apa cherita! :(

Oh yaa, do not miss clinics! It is interesting actually because you can observe how the doctors clerk and examine the patients. You can learn soooo many things because you will have oppotunity to see different cases. But then usually they have different type services in different days. For example, Tuesday is for growth and development, thursday etc2.

But i dont really remember that. You can go straight after the A&E and the clinic is on your left. They placed a timetable in front of the clinics. Pegi taw jgn miss that session! Sambil observe, you can ask many questions to the HO, MO or specialist. All paediatric doctors are really kind i tell u! heee :)


YOU CAN GET TO KNOW MANY THINGS & GAIN MORE KNOWLEDGE JUST BY BEING ALERT & OBSERVANT...

but the one who observe and ask, obviously gain more!

(^_^)


I'm going to miss this posting! Yes it is a bit tired but when you look at all the cute babies and children there, u will forget how tired actually you are. hee sure rindu punya nanti. Next week start in Paediatrics 6A pulak! New things to learn!
Ya Allah permudahkanlah urusanku dan rakan-rakanku agar ilmu yang kami perolehi nanti dapat memberi manfaat yang baik kepada orang lain insyaAllah. :)

Aminn :)


p/s : i hope this can provide useful information and boost semangat kawan-kawan nak posting paeds!weee! :p











Tuesday, October 11, 2011

lovely =)



Assalamualaikum w.b.t.

Hari kedua!!! hihi tetiba je hari kedua. Yup hari ni dah masuk hari kedua posting baru di phase yang baru. My first posting is Paediatrics! jumpa bayi dan kanak-kanak comel anugerah Tuhan buat ibu ayah =) cuma yang sedihnya kanak-kanak comel yang jumpa di Paediatrics ward ni mestilah kanak-kanak yang kurang sihat kan. *cepat-cepat sihat taw awak semua!*

Tapi tapi next week lah baru start bedside teaching. Sekarang ni belajar sama-sama dalam class dulu. Tapi yang menarik dan mencabarnya boleh tahan hari-hari lah student kena buat presentation! =p

Hmm. This evening we had a class with one of the respected doctor. Even though it is a two and half hour class, he manage to keep me awake with his determination in teaching. Gila kentang punya semangat beliau mengajar. Enjoy habis! =)

The way he thinks, acts, in order to give more benefits to the patient and the community is awesome! Communication skills and interpersonal skills beliau taa payah cakap lah. He made you feel appreciated. I have a thinking and opinion that a good doctor should manage to give the patients more than just pills and medications. It should be more. Something that can help them being a better them, not restricted only to health, and I can see the good qualities in him! =)

Impress enough. Hoping that my love towards this profession is going deeper day by day and I manage to bring good things to other human beings by helping and sharing.

Kerana erti hidup itu pada memberi... kan? *senyum lebarlebar*

Monday, September 12, 2011

Wednesday, September 7, 2011

time is tissue!

Assalamualaikum. Tarik nafas. Hembus nafas. Ya, masih bernyawa lagi. Alhamdulillah. Cuma menyepi sebentar. tak tahu apa nak conteng-conteng di sini. Yupp LOW! Pandainya dia!
Tapi bukan Loss of Weight yang boleh buat muka rasa bangga berjaya hilangkan kilogram2 terlebih di badan dan yang sewaktu dengannya tu okay.


LOW yang kali ini is loss of words.


Hmm.Ramadan yang sebulan dah berlalu tanpa sempat mengejar dan betul-betul rasa nikmat indahNya. *berhenti.mengeluh sekejap* Syawal yang sudah pun masuk minggu kedua. dan aku, yang dah dua puluh dua tahun hidup di dunia.

Can't u see the algorithm?

Semuanyaa. Sekejap. en?







Fuyooooooo. Lajunya.

Tulahhh. apa kau ingat KL saja buleh drift? Time Drift lagi power apa. Sekali dia drift, haa banyak lah manusia yang tertinggal kat belakang nampaknya. Eheh. Agak-agaknya termasuk sekali tak kita ni? Ish ish tak mau laa jadi golongan yang makan asap kena tinggal dek Time Drift. Tak mau laaa!



Sambil aku kunun-kunun sibuk taip-taip ni, masa pun tgh berjalan-jalan dengan sukahatinya. Evening walk gituu? LOL.

Haa cakap pasal masa, pernah lah kan terbaca dalam buku Langit Ilahi by Hilal Asyraf (sgt bermanfaat and best buku ni tau.cuba2 laa cari di kedai yang berhampiran dengan anda! Promote nih!). =p

Kita ni kan ada 24 jam sehari. Paling-paling kalau tidur pun zaman-zaman dewasa ni 6 jam je pun. Selebihnya kita ada 18jam sebenarnya. Haa macam banyak kan?

Buat apa ea 18jam sampai asyik rasa tak cukup masa.
*pejam mata duk fikir psl diri sendiri sat.*



Dalam buku dia, Hilal Asyraf berjaya buat mata yg kuyu2 nak tertutup ni jadi terbuka besar sedikit. (Tak tak bukan exopthalmus =p)

Quoting tulisan beliau dalam Langit Ilahi 2,

Betapa hebatnya Rasulullah S.A.W. dalam pengurusan masa dan patut menjadi contoh terbaik. Baginda seorang pendakwah. Baginda j uga seorang bapa, hakim, kepala negara, suami, seorang sahabat, kepala perang dan hamba kepada Allah. Namun dalam kesibukannya, Baginda sempat lagi berlumba lari dengan isterinya Aisyah. Baginda sempat lagi bergaul dan makan dengan orang miskin. Sempat lagi jahit baju dan terompahnya yang koyak. Baginda sempat pula duduk lapang dengan isterinya, bercanda dengan sahabat-sahabatnya dan memberi penyampaian. Baginda masih punya waktu menjadi imam setiap waktu solat dan masih ada lagi masa menyebarkan Islam kepada orang kafir.


Haaa macam mana tu? Model yang terbaik contoh sepanjang zaman.
Sama juga 24 jam sehari.

*berfikir lagi*
*Selak page lain*


Selak punya selak buku, terjumpalah satu perkara menarik.
Pasal Awlawiyyat - Dahulukan yang utama.
Kira2 ada 4 situasi kita akan jumpa dalam kehidupan dunia.

1. Utama dan penting 2. Tidak utama tetapi penting 3. Utama tetapi tidak penting 4. Tidak utama dan tidak penting


Haaaa kalau terbalik2 nombor tak ikut chronology mcm mana?
Hehe sebab tu lah asyik rasa tak cukup masa. *tepuk dahi teringat salah sendiri*


Ok sebelum lekuk dahi ni asyik kena tepuk banyak kali, dan sebelum lebih banyak menghabiskan masa bersiar-siar di alam sibermaya yg pasti bukan termasuk dlm 'utama dan penting', hehe ada masa terluang kita main tulis-tulis lagi ea. =)



p/s : periksa dah nak dekat. banyak tak baca. mungkin sbb tu rasa cam diri sendiri ni perlu lebih pandai menghargai masa. Come one Hanisah come on!

Wednesday, August 10, 2011

Macam sama tapi tak serupa.

Assalamualaikum...

Pernah atau tidak?
Kita solat..
Ya, nampak sama macam orang lain solat...
Orang rukuk kita rukuk, Orang sujud kita sujud,
Tapi orang lain tenang, kita pula gelisah tak tentu hala.


Pernah atau tidak?
Kita berdoa..
Ya, nampak sama mcm orang lain berdoa...
Orang lain tadah tangan, Kita pun tadah tangan juga,
Tapi orang lain sungguh-sungguh beribadah kepadaNya, kita tadah langit semata-mata .


Pernah atau tidak?
Kita baca ayat-ayat dari kitabNya..
Ya, nampak sama mcm orang lain baca...
Orang panjangkan bacaan 2 harkat bila jumpa mad asli, kita pun panjangkan juga apa,
Tapi orang lain dapat pelajaran darinya, kita masih terpinga-pinga selepas membaca.


Pernah atau tidak?
Kita puasa. Eh bulan Ramadhan mestilah puasa...
Orang sahur kita sahur, Orang berbuka kita pun berbuka,
Tapi orang lain dapat pahala, kita dapat lapar dan dahaga semata-mata.


'Risaunya.Kalau ibadah kita selama ini hanya penuhkan syarat dan ikut-ikutan semata-mata, bukan ke ibadah tu untuk mengejar redhaNya?'



Betulkan niat, Tingkatkan ilmu, Banyakkan amal. jom sama2 :)



^_^





Monday, July 25, 2011

Sick : We need more than just pills and ointments.

Assalamualaikum.

Sakit dan penyakit. Pernah atau tidak? Tipu tipu tipu kalau tak pernah rasa sakit atau dapat penyakit. Semua pun pernah. Bezanya cuma 'onset', 'site of pain', 'severity', 'aggravating factor' etc etc. (ok tak perlu history taking patient di sini.hehe)

Tapi ada satu persamaan sebenarnya; Sakit ini datang tak ketuk pintu, tak bagitahu, tak jangka pun nak sakit kadang-kadang. Tahu-tahu je dah jadi pesakit. :(

Itulah yang jadi baru-baru ini, atau lebih tepat semalam. Bangun tidur dan mata sebelah kiri rasa macam susah-susah sikit nak buka. Kenapa ea? Dalam separuh sedar dan mamai, pergi lah kat cermin.

Omo! bengkak dan merah. 'Swelling of the right upper eyelid' !

Dan-dan lah jugak sepanjang hari semalam menjadi 'budak kaca mata'. =p

Bengkak yang x surut-surut memaksa diri utk prescribe ubat utk diri sendiri. *pandai-pandai je makan anti-histamine smlm* hehe :p

Oklah oklah, pergi clinic lahh. Mengalah. Need an official doctor. hehe. Selepas 5 minit consultation and being diagnosed as somethingsomething 'itis' (yes inflammation, tp x dgr clear apa doctor cakap. nak tanya panjang-panjang pun encik doctor gaya macam nak cepat je.end up tak tanya pun) :(

Oleh sebab itu, pesakit masih 'on treatment'! Antibiotic pills yang perlu dihabiskan, Gentamicin cream (aminoglycosides antibiotic : excited sbb pernah belajar!) and eye drop. Maka 'bacterial infection' lah jawabnya. :(

Hmm.bila sakit-sakit ni kan, barulah kita baru rasa nak terbuka mata dengan nikmat kurniaan Allah yang kita selama ini agak-agak perasan tak perasan.


It is human nature to appreciate what they have only after they lost it.
But this should not be a good muslim and muslimah nature aite?


Baru sedikit nikmat yang Tuhan tarik buat sementara. Nikmat kesihatan. Nikmat yang kadang-kadang kita selalu terlupa untuk ucap Alhamdulillah. Mungkin tak berapa sengaja, sebab dunia dan perhiasannya memang selalu buat manusia leka dan rasa tak cukup dengan apa yang kita ada.


"Isy mata tak cukup besar lah." (sepet tu comey apa)
"Alaaa kenapa hidung dia lagi cantik dari hidung saya?" (sekurang-kurangnya kita masih ada hidung untuk sedut oxygen kan?)

Ternyata adakalanya kita terlupa melafaz kesyukuran untuk setiap nikmat yang kita ada.Sebab itu sakit ini kadang-kadang untuk memberi peringatan. Maka masa sakit inilah kita boleh belajar bersyukur. Sejauh mana selama ini kita betul-betul mensyukuri dan menghargai apa yang kita ada. :)

Jeng3.Mesti kita lupa lagi kan. Dunia dan kita yang manusia ini kan hanya pinjaman. Sama ada nyawa, kesihatan, rezeki, kekayaan, segalanya milik Allah. Bila-bila masa pun boleh ditarik balik. Tak sempat nak prepare pun kadang-kadang. Sebab itu kena cuba pastikan kita sentiasa dalam keadaan bersedia!
Haip haip kapten! :P

Tapi kan, kadang-kadang kan, sakit ini juga sebenarnya kifarah untuk membersihkan dosa-dosa kita. Mungkin nikmat yang kita peroleh selama ini tak digunakan sebaiknya.

Haaaa buat apa dengan mata tu?


Ada tengok benda-benda tak baik tak?
Kita jaga pandangan dengan yang bukan muhrim atau tidak?
Kita gunakan untuk tengok keburukan dan kesalahan orang lain semata-mata ke?
Ada main-main intai orang tak? (tak tak saya tak buat!) hehe


Heee.masa ni lah kita baru akan terfikir. Kalau tak sakit belum tentu akan fikir kan kan. Alhamdulillah. Allah masih beri peluang untuk kita melihat kesalahan dan memperbetulkan kesilapan :)

Maka haruslah kita beringat-ingat. 5 sebelum datangnya yang 5: sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

Wallahualam.


Semoga Hanisah cepat sembuh. aminnn :)

Monday, June 13, 2011

Life is meaningful when tough things make u stand still, stronger than ever. =)

dan bila kita terasa seperti hendak mengalah...

pandanglah langit biru di luar jendela, awan putih yang bisa mendung tiba-tiba, camar yang terbang mencari persinggahan sementara, bunga-bunga indah yang menambahkan seri alam maya... dan melihat kita, yang dicipta sesempurnanya seorang manusia.

Bukankan itu semua tanda-tanda kebesaranNya?

Bukankah dalam litupan pengetahuanNya segala rahsia semesta?

Bukankah kita ini hanya sekadar seorang Hamba?




Semua kita pasti akan melalui sukar dan dalam setiap langkah kita itu, Dia pasti akan menemani kita bersama-sama...

Hidup tak pernah seorang kalau kasih ini kita hamparkan buatNya.


Hanisah, Tiada suatu apa pun yang akan kekal di dunia ini kecuali Nya. Untuk itu percayalah, setiap yang susah itu pun pasti akan ada akhirnya... InsyaAllah sabar itu mampu mengindah hari, mengubat hati.


Tak akan sia-sia kan Allah jadikan sesuatu perkara itu?


Bersabarlah, hanya hikmah yang belum tersingkap, jangan dibiar ia mencalar iman.
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar...



When Allah brings you to it, HE will brings you through it.
Bertenanglah hati... ^^





and when we feel like quitting, look at all the great things around us that wont easily quit...
the blue sky, the green green grass, the beautiful flowers,
and now,
don't forget to look at our own self...

Are'nt we supposed to be His Best Creation of all?


=)

Friday, June 3, 2011

Puh puh pergilah 'malas' itu jauh-jauh.

Mata sudah hampir seperti mahu tertutup. Mengantuk. Dulu waktu-waktu ini masih boleh buat macam-macam lagi, dan pasti tidur itu menjadi perkara terakhir dalam 'things to do' list. Tapi sekarang penat yang terlalu cepat menjengah membuatkan diri sering mengaku kalah.

Jangan selemah itu, Hanisah.

:)

*senyum lebar-lebar, sambil mata sepet-sepet nak tertutup.*



Sesungguhnya bagi mereka yang hatinya hidup dengan mengingatiNya, istilah-istilah penat, malas dan mengaku kalah ini akan selalu tersingkir jauh.

Kerana apa?


Kerana sesungguhnya setiap nafas, detik, minit dan hari-hari yang mereka lalui itu bukan sekadar masa yang dibiar terlepas, kerana orang beriman yang bijak itu akan menjadikan seluruh kehidupannya itu sebagai suatu ibadah.


Bukan hanya solat dan zikrullah itu yang ibadah...
Tidak terhad dengan puasa dan membaca Al-Quran itu sahaja yang dikira ibadah...

Sebaliknya...

makan, minum, tidur, menuntut ilmu, bersahabat, setiap satu perkara itu merupakan ibadah sekiranya kita memanfaatkannya dan memanifestasikan seluruh kehidupan kita ini sebagai ibadah.



Tetapi haruslah yang utamanya kita jadikan setiap perkara yang kita lakukan itu diniatkan untuk mendapat keredhaan Allah. Malah dalam mengejarnya juga, haruslah kita beradab mengikut garis pandu yang ditetapkan syarak dan sunnah, serta tidak mencampur adukkan antara yang halal dan haram.


Menuntut ilmu itu dapat menjadi ibadah, namun andai disertakan dengan perkara-perkara maksiat, pastilah tidak layak ianya kita tarafkan sebagai satu ibadah.

Bukan begitu?



Alhamdulillah sekiranya kita berjaya memanifestasikan seluruh kehidupan kita itu sebagai satu ibadah.Semoga ibadah-ibadah ini tidaklah sehingga menjejaskan kekhusyukkan kita dalam ibadah-ibadah utama dalam Rukun Islam yang lima.

InsyaAllah, sama-sama kita perbaiki diri. :)

Tuesday, May 31, 2011

- dunia yang mengajar dan kita yang belajar -

lamanya tak menulis.dan rasa teringin...
Tapi belakangan ini,

banyak yang tak terluah....




Memandang dunia dari sisi yang berbeza,
Kita akan melihat keasingan,
Mungkin selama ini tidak terlihat,
Atau mungkin kita memilih untuk buat2 tidak terlihat,
Mungkin juga belum cukup bernasib baik untuk ketemu...

Tapi ada masanya kita harus mengakui,
Hidup dan seisinya banyak memberi pelajaran percuma,
Tak, tak akan kau dapat di universiti hatta di mana si bijak pandai belajar mengaji,
Kerana sebenarnya tak perlu pergi jauh untuk belajar dan memahami,
Cukup sekadar melihat kanan dan kiri,
Kau akan lihat betapa bijaknya dunia mendidik...


Cari di mana hati dan maruah ini kita letakkan sebenarnya,
Syariat dan sunnah yang sudah cukup cantik tersusun,
Jangan biar hanya tertulis di kitab-kitab ilmu,
Jangan sekadar berkumandang melepasi pagar-pagar masjid,
Biar amal kita itu seiring ilmu,
Bukan sekadar gulungan ijazah yang boleh buat sanak-saudara tersenyum bangga..


Mata yang terbuka kadang masih tak dapat membeza,
Kerana itu melihat dengan hati itu akan lebih buat kau mengerti,
Hitam dan putih memang pasti bedanya,
Cuma kelabu itu yang sering buat kita keliru...



Hati-hati pelanduk muda, jangan terjerat umpan dunia. :)


Sunday, May 15, 2011

good girl won't cry; she smiles?

Tahun yang dahulu... Saya memilih meletakkannya sebagai tajuk blog. Saya sendiri kurang ingat kenapa.

mungkin suka-suka dan saja-saja.
mungkin juga kerana saya rasa separuh diri saya ada di situ.
lebih ke arah memujuk rasa hati sendiri agaknya.

Sekarang setelah beberapa tahun, bila saya kembali menulis di sini, menghayati sendiri tajuk yang saya pilih ketika saya belum cukup dewasa...Terasa seperti kurang tepat makna dan pengertiannya, kerana ada masa-masanya good girl do cry.

Apabila dia menyesali kesalahan dan dosa-dosanya, apabila rasa rindunya pada Ar-Rahman dan Rasulullah S.A.W membuatkan dia mengalir air mata, apabila kerisauannya dengan amal ibadatnya yang kurang terjaga.


Masa-masa yang saya kira sebagai masa yang lebih layak untuk menjadi asbab kita bersedih hati.


Tapi tidak dinafikan.Ya, bila kita berdepan dengan permasalahan yang membeban fikiran, kita cuba bertahan akan sampai ke satu fasa di mana ketahanan kita itu diluahkan dalam bentuk tangisan dan sebenarnya ia bukan satu kesalahan. Kerana tangisan yang sedikit itu kadang-kadang melegakan dan air mata kita itu sebenarnya banyak mendewasakan.

Saya, kamu, semua. Kita pasti akan pernah sampai ke satu fasa itu. Bohonglah. Tapi dalam hati kamu pasti akan mengangguk iya.

Cuma harapnya tangisan itu jangan dibiar berpanjangan kerana tangisan semata tak akan menyelesaikan permasalahan. ketika itu pujuklah hati, "good girl won't cry, she smiles" Hentikan tangisan dan belajarlah untuk senyum. Yakinlah sepenuh hati...


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .


Setiap tangisan itu jangan dibazirkan ke atas masalah dan manusia semata-mata, lebih layak menangis di atas tikar sejadah, mengingati dosa dan betapa kurangnya amal ibadah kita jika dibandingkan dengan keluasan kasih-sayangNya.


Manisnya hidup bertuhan, bila air mata ini tumpah hanya keranaNya. :)

Sunday, May 8, 2011

Sayang yang bukan hanya untuk satu hari

Assalamualaikum.

Ya, saya menulis lagi. Ya, memang hari ini hari istimewa. Hari Ibu. Penat lelah mereka membesarkan anak-anak yang kadang-kadang 'ketegaq' kata orang utara seharusnya dihargai oleh anak-anak dan keluarga.

Menarik. Melihat anak-anak kecil di tv3 menyanyikan Selamat Hari Ibu untuk ibu-ibu mereka. Sempat menonton waktu bersantai di ruang tamu rumah tadi. Saya pasti setiap antara kita ada macam-macam 1001 cara menunjukkan apresiasi mereka. Lain orang, lain cara.

Pasti emak-emak semua rasa bahagia. Dalam hati pasti ada taman punya.hehe.



Tapi kan...
Tapi lahhh kan...


Kalau baru nak tunggu hari inilah baru nak teringat semua jasa ibu membesarkan kita daripada jari sehalus batang mancis sampai sekarang yang sudah muat sarung cincin, baru hari inilah nak minta maaf salah silap terkasar bahasa yang berbakul-bakul banyaknya, baru hari inilah nak picit-picit urut-urut kaki mak yang lenguh-lenguh...



Haish...baru hari ini ke kita nak belajar menghargai?



Tak salah. Boleh. Sesuatu yang belum pernah itu memang harus ada permulaan.

Wajar kiranya kita mengirim kad ucapan, hadiah kegemaran yang diidam-idamkan emak (seperti wok pan berwarna kuning? =p) mahupun ciuman kasih-sayang di pipi bonda hari ini. Saya pasti mak,ummi,ibu,bonda,mama,mummy, semua pun pasti pakat senyum sampai telinga dapat layanan dan perhargaan istimewa dari anak-anak mereka...


Cuma harapnya...


bukan kena tunggu bulan Mei baru emak nak merasa pemberian anak-anak,
bukan hanya satu hari ini saja kita berlumba-lumba adik-beradik nak peluk bonda,
bukan cuma satu hari ini kita telefon bertanya khabar dan esok lusa tulat kita jadi terlupa dan berkira nak bayar bil telefon yang kononnya mahal sangat kalau nak call ayahanda bonda...


tanya khabar, peluk cium, gelak tawa, berbelanja untuk mereka...
Kalau sedikit selalu apa salahnya?

:)

Pasti berganda-ganda lagi kebahagiaan mereka. Kan kan kan?

:):)

Selain material-material coklat, bunga, jam tangan Rolex dan sebagainya, doa-doa atas kesejahteraan ibu ayah dunia dan akhirat itu jangan kita terlupa harap-harapnya. Sebab yang itu nikmatnya sampai ke syurga. Bahagia yang hakiki dan kekal abadi. Mungkin juga kita (termasuk saya) harus lebih memperbanyak amal ibadah sekaligus berlumba-lumba menjadi anak soleh dan solehah.

Doa anak yang soleh dan solehah itu kan lebih diperkenankan Tuhan?
Sejuk hati emak ayah dapat anak-anak yang menenangkan hati. Amin.



"Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."
(Surah Luqman 31:14)



Perilaku dan tutur kata... kadang-kadang mungkin ada yang kita tertinggi suara, terguris hati secara tak sengaja... terbantah kata, terluah marah... dan berbagai-bagai lagi ter-ter-ter

Haaaa ada buat tak ada buat tak?

Jika kita sayang sebenar-benar sayang... kita akan belajar menghindar segala ter-ter-ter ini. Minta-minta kita dijauhkan daripada menyakiti.

Andai kekhilafan kita masih membuatkan kita terdorong untuk melakukan segala ter-ter-ter ini, ucaplah maaf sesegera yang mungkin.



Itupun jika kita benar-benar sayang...
sayang yang bukan untuk satu hari di bulan Mei ini...



SELAMAT HARI IBU.
terima kasih untuk tangan yang pernah menyuap dan tangan yang pernah menampar...
kerana tangan kamu, aku jadi manusia. :)


Tuesday, May 3, 2011

first after two years!

Assalamualaikum...

yupp yupp.ini yg pertama setelah dua tahun!yang terakhir Jun 2009!lama kannn?kalau boleh nampak habuknya, mungkin dah boleh bersin-bersin dah pun sekarang ni.LOL.


tipu lah kan kalau nak kata tak ada rasa rindu langsung nak menulis dalam dua tahun ni. rindulahh... siapa kata tak rindu? huh!

dua tahun.bunyinya macam lama.tapi pejam celik pejam celik, dua tahun tu sekejap je terasa. eh tak rasa pun kadang-kadang. tahu-tahu je, orang sekeliling dah membesar rupanya. LOL. yang dulu rendah sekarang dah tinggi, yang dulu pendiam malu-malu sekarang dah peramah sembang tak hengat dunia (tp akhirat ingat kan?), yang dulu bukan main kasar sekarang ayu lemah lembut jalan kepit-kepit (gurau eh) yang dulu mcm ini sekarang dah macam itu. macam-macam lah...

tapi itu orang.sibuk tengok kiri kanan depan belakang, diri sendiri macam mana? sok-sek sok-sek kita lupa cerita diri sendiri. amnesia bila nak menilai diri sendiri. pernah tak? kalau pernah, eh samalah kita! kadang-kadang saya pun lupa juga (mode sedih)

tak apa. sempat lagi untuk kita menilai balik diri sendiri. (maksud saya, sementara masih sempat.ya lah, kita bukan biskut. tak ada tulis 'expired date' kat bungkusan =p) tapi tak bermakna kita tak perlu buat apa-apa. Tak apa kalau perkara-perkara yang kecil-kecil comel pun, asalkan berterusan..

Contohnya mungkin hari ini kita mulakan 'physical examination' dekat pesakit dengan baca Bismillahirrahmanirrahim...


Mungkin nampak kecil, tapi bermakna.


Melihat kembali diri sendiri, lebih baik kalau sebelum tidur pejam mata tu... kita dengar lagu?eh eh.bukan yang tu. Kita ingat balik apa-apa yang kita dah buat untuk hari tu. (ala-ala muhasabah diri gitu..) Apa yang betul, apa yang salah, apa yang jangan ulang dah... apa-apa yang kita rasa perlu diingat untuk memperbaiki diri kita. Islah Nafsak!

Yang terbaik, sebelum pejam mata, kita belajar memaafkan kesalahan orang lain.
Supaya kita boleh tidur dengan tenang.
(macam dlm cerita Mualaf tu.hehe)


cukup dulu lah untuk yang pertama selepas dua tahun ni!insyaAllah ada masa dan kesempatan kita tulis-tulis lagi ea.