mungkin suka-suka dan saja-saja.
mungkin juga kerana saya rasa separuh diri saya ada di situ.
lebih ke arah memujuk rasa hati sendiri agaknya.
mungkin juga kerana saya rasa separuh diri saya ada di situ.
lebih ke arah memujuk rasa hati sendiri agaknya.
Sekarang setelah beberapa tahun, bila saya kembali menulis di sini, menghayati sendiri tajuk yang saya pilih ketika saya belum cukup dewasa...Terasa seperti kurang tepat makna dan pengertiannya, kerana ada masa-masanya good girl do cry.
Apabila dia menyesali kesalahan dan dosa-dosanya, apabila rasa rindunya pada Ar-Rahman dan Rasulullah S.A.W membuatkan dia mengalir air mata, apabila kerisauannya dengan amal ibadatnya yang kurang terjaga.
Masa-masa yang saya kira sebagai masa yang lebih layak untuk menjadi asbab kita bersedih hati.
Masa-masa yang saya kira sebagai masa yang lebih layak untuk menjadi asbab kita bersedih hati.
Tapi tidak dinafikan.Ya, bila kita berdepan dengan permasalahan yang membeban fikiran, kita cuba bertahan akan sampai ke satu fasa di mana ketahanan kita itu diluahkan dalam bentuk tangisan dan sebenarnya ia bukan satu kesalahan. Kerana tangisan yang sedikit itu kadang-kadang melegakan dan air mata kita itu sebenarnya banyak mendewasakan.
Saya, kamu, semua. Kita pasti akan pernah sampai ke satu fasa itu. Bohonglah. Tapi dalam hati kamu pasti akan mengangguk iya.
Cuma harapnya tangisan itu jangan dibiar berpanjangan kerana tangisan semata tak akan menyelesaikan permasalahan. ketika itu pujuklah hati, "good girl won't cry, she smiles" Hentikan tangisan dan belajarlah untuk senyum. Yakinlah sepenuh hati...
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .
Setiap tangisan itu jangan dibazirkan ke atas masalah dan manusia semata-mata, lebih layak menangis di atas tikar sejadah, mengingati dosa dan betapa kurangnya amal ibadah kita jika dibandingkan dengan keluasan kasih-sayangNya.
Manisnya hidup bertuhan, bila air mata ini tumpah hanya keranaNya. :)
Manisnya hidup bertuhan, bila air mata ini tumpah hanya keranaNya. :)
3 comments:
eh aku x perasan lak ada entry baru nie.aish. >.<"
good girl sometimes memang kene cry jugak.
jadikan pedoman dan iktibar.
apabila meningkat dewasa .kadang2 kita semakin matang.
btw.kak hanisah makin matang la! =)
when tears make you nothing than being stronger and wiser,
its worth it to cry...
:)
ehehehe.ye arhh.makin besar kena laa jadi makin matang!hehe :p
Post a Comment