When ALLAH brings you to it, HE will bring you through it... (=

Tuesday, May 31, 2011

- dunia yang mengajar dan kita yang belajar -

lamanya tak menulis.dan rasa teringin...
Tapi belakangan ini,

banyak yang tak terluah....




Memandang dunia dari sisi yang berbeza,
Kita akan melihat keasingan,
Mungkin selama ini tidak terlihat,
Atau mungkin kita memilih untuk buat2 tidak terlihat,
Mungkin juga belum cukup bernasib baik untuk ketemu...

Tapi ada masanya kita harus mengakui,
Hidup dan seisinya banyak memberi pelajaran percuma,
Tak, tak akan kau dapat di universiti hatta di mana si bijak pandai belajar mengaji,
Kerana sebenarnya tak perlu pergi jauh untuk belajar dan memahami,
Cukup sekadar melihat kanan dan kiri,
Kau akan lihat betapa bijaknya dunia mendidik...


Cari di mana hati dan maruah ini kita letakkan sebenarnya,
Syariat dan sunnah yang sudah cukup cantik tersusun,
Jangan biar hanya tertulis di kitab-kitab ilmu,
Jangan sekadar berkumandang melepasi pagar-pagar masjid,
Biar amal kita itu seiring ilmu,
Bukan sekadar gulungan ijazah yang boleh buat sanak-saudara tersenyum bangga..


Mata yang terbuka kadang masih tak dapat membeza,
Kerana itu melihat dengan hati itu akan lebih buat kau mengerti,
Hitam dan putih memang pasti bedanya,
Cuma kelabu itu yang sering buat kita keliru...



Hati-hati pelanduk muda, jangan terjerat umpan dunia. :)


Sunday, May 15, 2011

good girl won't cry; she smiles?

Tahun yang dahulu... Saya memilih meletakkannya sebagai tajuk blog. Saya sendiri kurang ingat kenapa.

mungkin suka-suka dan saja-saja.
mungkin juga kerana saya rasa separuh diri saya ada di situ.
lebih ke arah memujuk rasa hati sendiri agaknya.

Sekarang setelah beberapa tahun, bila saya kembali menulis di sini, menghayati sendiri tajuk yang saya pilih ketika saya belum cukup dewasa...Terasa seperti kurang tepat makna dan pengertiannya, kerana ada masa-masanya good girl do cry.

Apabila dia menyesali kesalahan dan dosa-dosanya, apabila rasa rindunya pada Ar-Rahman dan Rasulullah S.A.W membuatkan dia mengalir air mata, apabila kerisauannya dengan amal ibadatnya yang kurang terjaga.


Masa-masa yang saya kira sebagai masa yang lebih layak untuk menjadi asbab kita bersedih hati.


Tapi tidak dinafikan.Ya, bila kita berdepan dengan permasalahan yang membeban fikiran, kita cuba bertahan akan sampai ke satu fasa di mana ketahanan kita itu diluahkan dalam bentuk tangisan dan sebenarnya ia bukan satu kesalahan. Kerana tangisan yang sedikit itu kadang-kadang melegakan dan air mata kita itu sebenarnya banyak mendewasakan.

Saya, kamu, semua. Kita pasti akan pernah sampai ke satu fasa itu. Bohonglah. Tapi dalam hati kamu pasti akan mengangguk iya.

Cuma harapnya tangisan itu jangan dibiar berpanjangan kerana tangisan semata tak akan menyelesaikan permasalahan. ketika itu pujuklah hati, "good girl won't cry, she smiles" Hentikan tangisan dan belajarlah untuk senyum. Yakinlah sepenuh hati...


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .


Setiap tangisan itu jangan dibazirkan ke atas masalah dan manusia semata-mata, lebih layak menangis di atas tikar sejadah, mengingati dosa dan betapa kurangnya amal ibadah kita jika dibandingkan dengan keluasan kasih-sayangNya.


Manisnya hidup bertuhan, bila air mata ini tumpah hanya keranaNya. :)

Sunday, May 8, 2011

Sayang yang bukan hanya untuk satu hari

Assalamualaikum.

Ya, saya menulis lagi. Ya, memang hari ini hari istimewa. Hari Ibu. Penat lelah mereka membesarkan anak-anak yang kadang-kadang 'ketegaq' kata orang utara seharusnya dihargai oleh anak-anak dan keluarga.

Menarik. Melihat anak-anak kecil di tv3 menyanyikan Selamat Hari Ibu untuk ibu-ibu mereka. Sempat menonton waktu bersantai di ruang tamu rumah tadi. Saya pasti setiap antara kita ada macam-macam 1001 cara menunjukkan apresiasi mereka. Lain orang, lain cara.

Pasti emak-emak semua rasa bahagia. Dalam hati pasti ada taman punya.hehe.



Tapi kan...
Tapi lahhh kan...


Kalau baru nak tunggu hari inilah baru nak teringat semua jasa ibu membesarkan kita daripada jari sehalus batang mancis sampai sekarang yang sudah muat sarung cincin, baru hari inilah nak minta maaf salah silap terkasar bahasa yang berbakul-bakul banyaknya, baru hari inilah nak picit-picit urut-urut kaki mak yang lenguh-lenguh...



Haish...baru hari ini ke kita nak belajar menghargai?



Tak salah. Boleh. Sesuatu yang belum pernah itu memang harus ada permulaan.

Wajar kiranya kita mengirim kad ucapan, hadiah kegemaran yang diidam-idamkan emak (seperti wok pan berwarna kuning? =p) mahupun ciuman kasih-sayang di pipi bonda hari ini. Saya pasti mak,ummi,ibu,bonda,mama,mummy, semua pun pasti pakat senyum sampai telinga dapat layanan dan perhargaan istimewa dari anak-anak mereka...


Cuma harapnya...


bukan kena tunggu bulan Mei baru emak nak merasa pemberian anak-anak,
bukan hanya satu hari ini saja kita berlumba-lumba adik-beradik nak peluk bonda,
bukan cuma satu hari ini kita telefon bertanya khabar dan esok lusa tulat kita jadi terlupa dan berkira nak bayar bil telefon yang kononnya mahal sangat kalau nak call ayahanda bonda...


tanya khabar, peluk cium, gelak tawa, berbelanja untuk mereka...
Kalau sedikit selalu apa salahnya?

:)

Pasti berganda-ganda lagi kebahagiaan mereka. Kan kan kan?

:):)

Selain material-material coklat, bunga, jam tangan Rolex dan sebagainya, doa-doa atas kesejahteraan ibu ayah dunia dan akhirat itu jangan kita terlupa harap-harapnya. Sebab yang itu nikmatnya sampai ke syurga. Bahagia yang hakiki dan kekal abadi. Mungkin juga kita (termasuk saya) harus lebih memperbanyak amal ibadah sekaligus berlumba-lumba menjadi anak soleh dan solehah.

Doa anak yang soleh dan solehah itu kan lebih diperkenankan Tuhan?
Sejuk hati emak ayah dapat anak-anak yang menenangkan hati. Amin.



"Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."
(Surah Luqman 31:14)



Perilaku dan tutur kata... kadang-kadang mungkin ada yang kita tertinggi suara, terguris hati secara tak sengaja... terbantah kata, terluah marah... dan berbagai-bagai lagi ter-ter-ter

Haaaa ada buat tak ada buat tak?

Jika kita sayang sebenar-benar sayang... kita akan belajar menghindar segala ter-ter-ter ini. Minta-minta kita dijauhkan daripada menyakiti.

Andai kekhilafan kita masih membuatkan kita terdorong untuk melakukan segala ter-ter-ter ini, ucaplah maaf sesegera yang mungkin.



Itupun jika kita benar-benar sayang...
sayang yang bukan untuk satu hari di bulan Mei ini...



SELAMAT HARI IBU.
terima kasih untuk tangan yang pernah menyuap dan tangan yang pernah menampar...
kerana tangan kamu, aku jadi manusia. :)


Tuesday, May 3, 2011

first after two years!

Assalamualaikum...

yupp yupp.ini yg pertama setelah dua tahun!yang terakhir Jun 2009!lama kannn?kalau boleh nampak habuknya, mungkin dah boleh bersin-bersin dah pun sekarang ni.LOL.


tipu lah kan kalau nak kata tak ada rasa rindu langsung nak menulis dalam dua tahun ni. rindulahh... siapa kata tak rindu? huh!

dua tahun.bunyinya macam lama.tapi pejam celik pejam celik, dua tahun tu sekejap je terasa. eh tak rasa pun kadang-kadang. tahu-tahu je, orang sekeliling dah membesar rupanya. LOL. yang dulu rendah sekarang dah tinggi, yang dulu pendiam malu-malu sekarang dah peramah sembang tak hengat dunia (tp akhirat ingat kan?), yang dulu bukan main kasar sekarang ayu lemah lembut jalan kepit-kepit (gurau eh) yang dulu mcm ini sekarang dah macam itu. macam-macam lah...

tapi itu orang.sibuk tengok kiri kanan depan belakang, diri sendiri macam mana? sok-sek sok-sek kita lupa cerita diri sendiri. amnesia bila nak menilai diri sendiri. pernah tak? kalau pernah, eh samalah kita! kadang-kadang saya pun lupa juga (mode sedih)

tak apa. sempat lagi untuk kita menilai balik diri sendiri. (maksud saya, sementara masih sempat.ya lah, kita bukan biskut. tak ada tulis 'expired date' kat bungkusan =p) tapi tak bermakna kita tak perlu buat apa-apa. Tak apa kalau perkara-perkara yang kecil-kecil comel pun, asalkan berterusan..

Contohnya mungkin hari ini kita mulakan 'physical examination' dekat pesakit dengan baca Bismillahirrahmanirrahim...


Mungkin nampak kecil, tapi bermakna.


Melihat kembali diri sendiri, lebih baik kalau sebelum tidur pejam mata tu... kita dengar lagu?eh eh.bukan yang tu. Kita ingat balik apa-apa yang kita dah buat untuk hari tu. (ala-ala muhasabah diri gitu..) Apa yang betul, apa yang salah, apa yang jangan ulang dah... apa-apa yang kita rasa perlu diingat untuk memperbaiki diri kita. Islah Nafsak!

Yang terbaik, sebelum pejam mata, kita belajar memaafkan kesalahan orang lain.
Supaya kita boleh tidur dengan tenang.
(macam dlm cerita Mualaf tu.hehe)


cukup dulu lah untuk yang pertama selepas dua tahun ni!insyaAllah ada masa dan kesempatan kita tulis-tulis lagi ea.