yupp yupp.ini yg pertama setelah dua tahun!yang terakhir Jun 2009!lama kannn?kalau boleh nampak habuknya, mungkin dah boleh bersin-bersin dah pun sekarang ni.LOL.
tipu lah kan kalau nak kata tak ada rasa rindu langsung nak menulis dalam dua tahun ni. rindulahh... siapa kata tak rindu? huh!
dua tahun.bunyinya macam lama.tapi pejam celik pejam celik, dua tahun tu sekejap je terasa. eh tak rasa pun kadang-kadang. tahu-tahu je, orang sekeliling dah membesar rupanya. LOL. yang dulu rendah sekarang dah tinggi, yang dulu pendiam malu-malu sekarang dah peramah sembang tak hengat dunia (tp akhirat ingat kan?), yang dulu bukan main kasar sekarang ayu lemah lembut jalan kepit-kepit (gurau eh) yang dulu mcm ini sekarang dah macam itu. macam-macam lah...
tapi itu orang.sibuk tengok kiri kanan depan belakang, diri sendiri macam mana? sok-sek sok-sek kita lupa cerita diri sendiri. amnesia bila nak menilai diri sendiri. pernah tak? kalau pernah, eh samalah kita! kadang-kadang saya pun lupa juga (mode sedih)
tak apa. sempat lagi untuk kita menilai balik diri sendiri. (maksud saya, sementara masih sempat.ya lah, kita bukan biskut. tak ada tulis 'expired date' kat bungkusan =p) tapi tak bermakna kita tak perlu buat apa-apa. Tak apa kalau perkara-perkara yang kecil-kecil comel pun, asalkan berterusan..
Contohnya mungkin hari ini kita mulakan 'physical examination' dekat pesakit dengan baca Bismillahirrahmanirrahim...
Mungkin nampak kecil, tapi bermakna.
Melihat kembali diri sendiri, lebih baik kalau sebelum tidur pejam mata tu... kita dengar lagu?eh eh.bukan yang tu. Kita ingat balik apa-apa yang kita dah buat untuk hari tu. (ala-ala muhasabah diri gitu..) Apa yang betul, apa yang salah, apa yang jangan ulang dah... apa-apa yang kita rasa perlu diingat untuk memperbaiki diri kita. Islah Nafsak!
Yang terbaik, sebelum pejam mata, kita belajar memaafkan kesalahan orang lain.
Supaya kita boleh tidur dengan tenang.
(macam dlm cerita Mualaf tu.hehe)
Supaya kita boleh tidur dengan tenang.
(macam dlm cerita Mualaf tu.hehe)
cukup dulu lah untuk yang pertama selepas dua tahun ni!insyaAllah ada masa dan kesempatan kita tulis-tulis lagi ea.
5 comments:
Salam cik Nisa ! heheh ! akhirnya ! ko bagi pun URL blog ko ! heheh . cayalah ! kalau aku buh URL ko dkt blog aku bole ? heheh .
*ini lgkah pertama , jgn tinggal lg blog ni eyh ! heheh .
salam cik ika! teehee agak arr aku pun tak tahu macam mana tiba2 sampai seru nak bagi.LOL. baiklah, ika nani punya pasal buleh laa letak.hehe :p
haha.harap2nya tidak :p
Tak sabar nk baca entry seterusnya!
alhamdulillah dah tulis entry seterusnya!
encik/cik anonymous sapa nama? :)
rahsia
Post a Comment