When ALLAH brings you to it, HE will bring you through it... (=

Thursday, June 14, 2012

We said Allahuakbar every day, but do we ever understand what it means?

In the name of Allah, the Most Gracious Most Merciful.

Alhamdulillah, only Allah knows how happy am I these few days. The happiness feels like living in a beautiful garden full with blossoming flowers, flowing rivers, where you can see butterflies flying around, you heard nothing but the sounds of birds singing... hee i know i'm exaggerating.... haha but it feels that beautiful. Seriously.

Okay let me share with you some part of my happiness. Have u ever heard of Yasmin Mogahed? Hee i accidentally listening to her talk last night and I found that she is a real good speaker. She speaks words of beauty and wisdom, where you found happiness inside it. But don't forget to remember that every happiness that come into your life is from Allah, humans are just an 'asbab' or reason that leads you to it.

SubhanaAllah, i'm impress to see people who are able to speak and convey beautiful messages in their own unique and beautiful way. If the creations are wonderful, can you imagine how superb is the Creator? =)

Okay lets get this thing more straight forward. Actually i come across few interesting things when i listen to her talks. So let me start by sharing one beautiful thought today. I hope it can help to increase our imaan, both yours and mine, and this sharing is nothing but Lillahi Ta'ala =)

In one of her talks, she mention about the phrase of 'Allahu Akbar'. Where did you heard or speak of this phrase usually? Hmm. Sometimes we didn't realise that we are repeating this phrase over and over again, everyday in our life which is in our solat. But did we really understand the meaning of this phrase or we just simply say it as a part of our ibadah? Did we mention it just because we want to move from 'Iktidal' to 'Sujud'? Here are the differences when we are doing our ibadah as an ibadah or we are doing it as a ritual only. Its okay, every single thing that you know today start with a 'dont know'. That is why we have to learn this together and improve ourselves together because I am also nothing than just Allah's slave, same as you who currently reading this.

Okay if we asks anyone around us, I think most of us know that AllahuAkbar means Allah is Great. Allah is The Great. But actually it means more like 'Allah is Greater...' If you are asking yourself greater than what?

The answer is... "Greater than everything. Allah is greater than everything."

"Allah is greater than your problems that keep on lingering in your mind during your solat. Allah is greater than the things that you plan to do after your solat. Allah is greater than the books you have been studied and the knowledge that you gain before you performing your solat. Allah is greater than people you love the most that you keep on thinking during your solat. Allah is greater than everything! "

If we really understand this phrase, even though we have so many other dunya thoughts while performing our solat, we are able to fight it. Every time we move during solat, we think of something that upset us and we speak AllahuAkbar, we will come to a point of realization that Allah is even bigger than our sadness. Bigger than our fear. Again, bigger than everything!

Because this time we not just simply know the phrase of AllahuAkbar means Allah is The Great. But now we also able to understand the real meaning of it. We are able to use our knowledge as an 'amal'.

InsyaALLAH, if we are able to apply this in our daily life and ibadah, we will able to look at things and dunya in a new different perspective. Something which is more positive. We will manage to let go our ego because we knew that dunya is nothing compared to Allah. InsyaAllah we will be more 'khusyuk' in our ibadah. amin...

I think this is so meaningful that I must and have to share this with all of you. InsyaAllah if I come across more beautiful things in the future, we will have a more wonderful sharing okay?

Till then lets take care our imaan together. InsyaAllah.
                                                                             




*If there is one reason why I love you so much my friend, I hope the reason is because of Allah. LillahiTa'ala.*

Wednesday, June 6, 2012

Seri Kenangan insights

Assalamualaikum...

Pernah atau tidak kita terfikir, andai kita dikurniakan umur yang panjang oleh Allah, bagaimana agaknya kita akan menghadapi hari-hari tua kita? Bagaimana agaknya kita akan 'cope' dengan hakikat penuaan yang kita tidak akan secergas dan sesihat hari-hari muda kita? Bagaimana agaknya akan kita habiskan sisa-sisa kehidupan kita? Berseorangan, kesunyian atau masih hidup berteman?

Haha. Suspen ke entry hidup berteman berteman ni. :p Sebenarnya lawatan ke rumah Seri Kenangan siang hari tadi sedikit sebanyak membuat kan manusia yang sedikit tetapi belum terlalu tua ini berfikir dan sedikit sebanyak refleksi diri. Tugasan untuk menemuramah berbual ala-ala mesra dengan warga tua sedikit sebanyak memberi insight baru kepada saya, warga macam muda tapi sebenarnya tak berapa tua. :p

Beliau sentiasa ceria dan happy go lucky melayan kami yang sok sek sok sek sibuk semua benda pun nak tanya itu banyak berkongsi pengalaman kehidupan nya dengan kami. Mungkin ceria itu lah rahsia awet muda beliau! Haa pi bawak lari muka sedih tu jauh-jauh. :p Sedikit kagum dengan pakcik yang walaupun sudah di usia sebegitu masih sihat dan cergas bergerak ke sana sini, siap berjaya tanam pokok pisang lagi! Itulah contoh 'Life expectancy' manusia dunia sudah meningkat sekarang ini, 'Iman Expectancy' bagaimana? Jeng3.

Tak perlu diceritakan apa perkongsian kami, ye laa sekali sekala kena berahsia mana boleh semua benda nak cerita! Haip haip. Cuma saya sedikit tertarik apabila pakcik memberi nasihat kepada kami:

"Semasa muda ni, cari pengalaman banyak-banyak. Supaya bila kamu sudah tua nanti akan ada perkara menarik yang boleh kamu ingatkan kembali, yang boleh buat kamu tersenyum senang hati. Kalau tak buat apa-apa dalam hidup, sebab tu ramai yang menangis sendiri-sendiri apabila dah tua sebab tak ada apa perkara menarik lain nak diingat lagi."

"Hidup di Kuala Lumpur tu, pakcik duduk dalam rumah batu sahaja, bukannya ada buat apa-apa. Pakcik lebih suka duduk sini, macam-macam perkara dan macam-macam orang kita boleh jumpa untuk tambah pengalaman kita."

Cerita pakcik buat saya teringat kepada pertandingan rebut gula-gula yang saya selalu join masa masih kecik-kecik comel tiga, empat tahun dulu. Tak 80's 90's nya awak kalau tak pernah join pertandingan tu!

Terasa rugi tak kalau kita masuk pertandingan rebut gula-gula, yang mana kita kena rebut gula-gula sebanyak mungkin dalam masa tiga minit, tapi kita asyik sibuk tengok orang lain kutip gula-gula, kita terlalu ragu-ragu gula-gula mana satu kita nak rebut, akhirnya masa habis dan kita tak dapat rebut satu pun gula-gula. Cuba bayangkan kita kanak-kanak yang tak dapat gula-gula tu, sedihnya!

Hee tak menarik eh cerita rebut gula-gula kat kanak-kanak dewasa? LOL. Untungnya, pertandingan rebut gula-gula itu kita tahu kita hanya ada 3 minit untuk mencuba, tapi hidup ini, kita sendiri tak tahu berapa banyak masa lagi kita ada sebenarnya. Oh hidup ini sangat bukan cerita 'In Time', ada tulis kat tangan berapa banyak lagi tinggal peluang hidup kita. Oh tidak tidak sangatlah bukan. Rugi tak kalau sebenarnya kita hanya tinggal satu hari dalam kehidupan kita, tapi kita masih terleka? Takut nyaaaaa.


Orang kata anak sungai lagi berubah, ini pula hati manusia. eceh! Yang baik tak akan kekal baik selamanya sekiranya dia tidak berusaha menjaga dirinya dgn baik, yang kurang baik itu sentiasa ada peluang dan potensi nak jadi baik. Nak atau tak nak je sebenarnya. :)


Mengingati mati. Cubalah. Kerana mengingati mati itu akan buat kita lebih berusaha untuk meningkatkan amal yang pastinya tidak lah sebanyak mana. Walaupun sedar tidak sedar sudah lebih dua dekad hidup di dunia ini sebenarnya. Malu lah tak mampu menyumbang apa-apa, sedangkan semasa umur dua puluhan lagi Sultan Muhammad Al-Fateh telah membuka Kota Constantinople tau! *kalau malu jangan hanya tutup muka, mari kita sama-sama usaha*

InsyaAllah :)

p.s : di sebalik usia, ada macam-macam cerita dunia.


Saturday, June 2, 2012

Sungguh, aku kagum.

Sungguh, aku kagum melihat coretan insan-insan yang mana penulisannya itu mampu menghidupkan hati-hati mati seorang manusia lainnya. Sungguh, aku kagum mendengar petahnya insan-insan berbicara yang mana patah perkataannya itu mampu mengembalikan hari-hari indah manusia lain yang hilang semangatnya.

Indah. bila patah perkataan yang terluah itu memberi makna baru buat seorang insan di sisi lain dunia yang kadang tak pernah kau jejak tanahnya, apatah lagi bersua muka bertanya khabar gembira.

Maka haruslah kau bersihkan hati sebelum meluah kata, biar ia benar-benar untuk buat manusia lain rasa manfaatnya. Biar manusia lain juga rasa indahnya, hidup berTuhan kan Allah yang Esa.

Perbetulkan niat, buat sehabis baik. Kita hanya layak untuk mencuba. Tapi hidayah itu bukan dalam tangan kita. Hati itu masih dalam pegangan Tuhan. Hanya Dia yang mampu menentukan manusia mana yang bertuah menerima hidayahNya. Manusia yang mencari redha, dalam susah senang suka duka liku hidup dunia.


Jangan menunggu lagi untuk menyebarkan kebaikan yang kau ada, agar indahnya sama-sama kita rasa.




Tuesday, May 29, 2012

Real vs Fake Smile

Assalamualaikum. Selamat pagi! :)

Oh nada sedikit ceria di situ! Padahal jarum jam dah merangkak-rangkak nak ke pukul 4 pagi. Ini lah padahnya kalau dah tidur awal ditambah pula dengan stock caffein dalam coffee bancuhan sendiri. Mana tak nya mata terbuka luas di kala orang lain sudah nyenyak di buai mimpi indah. eceh!

Actually I was reading some articles regarding 'Enopthalmus'  when i came across this one interesting fact about smile that i am about to share. Heh gumbiranya nak menulis setelah sekian lama tak exercise-exercise jari dengan santainya di 'papan kekunci komputer riba'.

Pernah tak pernah tak dengar 'Duchenne Smile' and 'Non-Duchenne Smile'? Tak, mesti tak pernah ni sebab orang yang sedang menaip ni pun baru je pertama kali dengar. Tapi sure ramai yang tahu 'Real Smile' and 'Fake Smile'! Haa mesti selalu buat fake smile di kala tak dapat jawab apa doctor tanya dalam class, tak pun masa-masa bad mood yang terpaksa usung muka budget ceria di khalayak ramai dan juga depan kamera. Time tu la banyak fake-fake smile boleh tercapture! *click - click bunyi kamera zaman dahulu kala*

Okay apa kata cuba usha gambar di tepi. Nampak ketara tak senyuman manis macam gula dan senyuman pura-pura tayang gumbira? Hehe.







Daripada article yang nampak gayanya boleh dipercayai, 'real smile' dan 'fake smile' itu berbeda oh tidak sama sebab both will contract different muscles and also activate different parts of your brain!

Mesti laa boleh percaya. Ada French Physician Guillaume Duchenne dah buat research. Sebab tu genuine smile tu guna nama dia. Okay i really should make an invention so that i can put my name too!

A Duchenne smile involves contraction of both the 'zygomatic major muscle' (muscle ni la yang buat corner of our mouth terangkat) and the 'orbicularis oculi muscle' (hehe yang ni buat pipi terangkat dan kening sedikit ke bawah). Thats why sometimes they said orang gumbira ada 'smiling eyes'! sebab mata dia pun betul-betul gumbira sekali! :)

Tapi those 'fake smiles' or 'social smile' will only involve 'zygomatic major muscle.' Dari luar comel je senyum nampak gigi seperti hati tengah suka padahal hati sedang terluka. ehehe.

Haa dah tahu dah boleh laa start perhati orang kiri kanan senyum betul-betul gumbira atau senyum pura-pura. hehe.

So lets start to smile from your heart! or maybe 'smile from your liver' like that old funny character 'Ketut Liyer' in 'Eat, Pray, Love' said. teehee.

Apa tunggu lagi. Mari mulakan sedekah kita. Senyum dan berbuat baik pada orang lain itu kan dikira akhlak juga. ^_^

World nowadays full of anger, hatred and enemy. So lets spread some love, lets continue our journey to gain Allah's love and redha. Lets build a beautiful ukhuwwah. Lets smile :)

Senyum lah, sedekah yang paling mudah :)


                                                                                            -thatswhyismile,itsbeenawhile-

Monday, April 23, 2012

Bila kita dah buat keputusan untuk kembali ke jalanNya

Bila kita dah buat keputusan untuk kembali ke jalanNya,
Harus untuk kita buat keputusan itu keranaNya,
Kita tak buat untuk manusia-manusia di kiri kanan kita.

Bila kita dah buat keputusan untuk kembali ke jalanNya,
Kita tidak perlu ruang untuk rasa ragu-ragu dengan tindakan kita,
Kerana apa yang kita perlu hanya istiqamah dalam memperbaiki diri dan amalan-amalan kita.

Bila kita dah buat keputusan untuk kembali ke jalanNya,
Kita ubah cara pemakaian kita kerana kita nak ikut perintahNya,
Kita berpesan-pesan dengan kebaikan kepada orang lain bukan untuk buat kita nampak baik dalam pandangan manusia,
Tapi sebenarnya kita sendiri sedang cuba untuk tarbiah diri kita,
Kadang-kadang nampak macam kita nak nasihat orang lain tapi sebenarnya kita tengah nasihatkan diri kita,
Bukan untuk hipokrit atau berpura-pura tapi kita sedang berjuang melawan kelalaian kita,
Sebab iman itu ada turun naiknya,
Maka kita perlu versus dengan diri untuk mempertahankan mujahadah kita,

Bila kita dah buat keputusan kembali ke jalanNya,
Kita sebenarnya dah buat keputusan untuk mengejar redhaNya,
Jadi kenapa kita masih melihat diri kita dalam ukur pandang penghakiman manusia?
Kalau akhirnya yang nak menilai amal baik buruk kita bukan mereka.
Tapi Allah yang Esa...


Saturday, April 7, 2012

29 March 2012 :)


Assalamualaikum...

Haa sebelum nak bebel panjang-panjang, thank you semua orang for your birthday wishes and presents. Thank you for the thoughts. Tak kisah lah yang kenal kat tadika, sekolahrendah, knights!, tkc, MSU ataupun Rcmp...

able to know all of you pun dah cukup bermakna dah. A really big gift and present from Allah :)

Terimakasih makabah yang syg anak perempuan dia sungguh-sungguh walaupun anak dia kadang-kadang mengada-ngada tiap-tiap minggu pun nak balik rumah. haha. But seriously, your loves are irreplaceable. Jehan selalu harap i can be a good daughter, anak solehah yang boleh bantu makabah dunia akhirat insyaALLAH. aminn.

Oh thank you tak terhingga for all the wonderful presents! ^_^

gemuk laa makan chocolate satu bar mcm ni. haha. najlaa, thank you for the gift, thank you for the friendship :)


Sometimes a friend, sometimes a sister, but always a good company :)
D, thank you for everything. Gumbira Allah bagi saya peluang kenal awak :)


Thank you for hearing all the silly things that come out from this silly mouth sometimes. haha. thank you for all the sharing nadiahkamal:)





Thank you bersusah payah bake sendiri. comel sangat mcm org yang buat dia.
dah boleh buka bakery dah ni masshie. hihi :)



Adik! haha okay please jangan muntah sebab aku panggil kau adik. haha.
hambali, thank you. Sorry for not being a really good and understanding sister.
Ye laa kadang-kadang aku mcm budak-budak sikit. nak buat mcm mana, kakak kau awet muda. LOL LOL.
Yes I know selalu dan banyak membebel, but thats simply because i want the best things to happen to you! :)

Thank you semua orang! :)


Tak sangka. pejam celik pejam celik dah dua puluh tiga tahun Allah bagi peluang hidup kat dunia.

So much things happen before and insyaAllah kalau masih belum dipanggil bertemuNya, there is a lot more waiting for me in the future. But after all, living in this temporary world is too short if you want to compare it in the hereafter. yang tu lagi selama-lama-lama-lamanya.

kalau kita boleh buat timeline, (macam facebook timeline yang annoying tu.haha) timeline sampai akhirat itu infiniti tau. Takut tak kalau yang infiniti itu nanti kita hidup dalam keadaan tak gembira, setelah bersukaria bergumbira di dunia yang sekejap ini? jeng3.

takut kan...

Kadang-kadang rasa macam tak percaya dah dua puluh tiga. Sebab nombor tu macam sangat banyak. Kerana rasa diri terlalu kecil untuk diiktiraf sebagai dua puluh tiga, i even asked my friend;

"Masa awak dua puluh tiga dulu awak mcm mana?"

Rasa kelakar bila ingat balik how nervous i am bila dah nak dekat-dekat dua puluh tiga. Risau diri belum cukup besar dan belum cukup matang untuk jadi dua puluh tiga. Haha apa-apa entah hanisah ni. >.<

Somehow setelah dua puluh tiga tahun, hanisah rasa bersyukur sangat sebab Allah beri kesempatan untuk melihat balik diri kita yang sudah-sudah. Allah beri kesempatan untuk kita mengubah apa yang kita pasti bukan sesuatu yang baik untuk kita. dan paling penting, Allah beri peluang untuk kita kembali mengejar kasihsayangNya.

Macam mana buruk dan huduhnya kita, Allah sentiasa beri peluang untuk kita perbetulkan keadaan, selagi nyawa belum sampai di rengkungan. Apabila Allah bagi kasihsayang dan kurnia yang sangat-sangat banyak ni kepada kita, kenapa kita sendiri yang menolak, lari dari kasihsayangNya?

..........

Bila hati rasa terusik dan ingin kembali kepadaNya, jangan ragu-ragu nak mulakan langkah. Kalau kita tak mula hari ini, takut kita tak akan berkesempatan nak mula nanti.

Hee nak tunggu birthday berapa tahun lagi baru nak mula? Itupun kalau sempat kan. teehee.

Future here i come! I do not know what is waiting for me in the future. Semua orang ada impian, tapi tak semua impian itu akan jadi kenyataan sebab Allah sentiasa ada perancangan yang lebih baik untuk kita. :)



Terima kasih Allah sebab pertemukan dengan ramai 'wonderful people'. Ada yang Allah pertemukan untuk mengisi hari-hari kita, ada yang Allah pertemukan untuk membantu kita, tak kurang juga yang Allah pertemukan semata-mata untuk menguji kita. Tapi yang penting, setiap pertemuan yang Allah aturkan itu, satu pertemuan bermakna. Bukan untuk sia-sia :)











Sunday, March 25, 2012

Dua minggu pertama terjun O&G ! omg!



Assalamualaikum...

Dua minggu. genap. Menyibukkan diri dengan posting baru. Kalau nak dibandingkan hari ini dengan tiga empat tahun lalu, oh memang banyak bezanya!

Kalau dulu bila orang sebut MAS, dalam kepala mesti fikir Malaysia Airlines. Tak gitu? Tapi sekarang amboi, nombor satu terjah dalam kepala is 'Meconium Aspiration Syndrome'. kemelampauan. medical student sangat! >.<

Tapi lagi haru bila naik kereta nampak no plat kereta depan BPH 5318 terus fikir Benign Prostatic Hyperplasia! hahaha. Okay tak ada lah setiap kali nampak pun terjah perkataan medic, kadang-kadang cuma jadi hobi dgn rakan-rakan terchinta di kala kebuhsanan melanda; main rebut-rebut fikir acronym no plat kereta! haaa cepat-cepat. siapa cepat dapat hadiah! wekk :p


Obstetric & Gynaecology! Haa apo ko bondo tu ea jang? hihi. Sebenarnya bila dengar2 orang sebut O&G, it means that we are talking about 'hal-ehwal perempuan bersalin dan penyakit-penyakit yang melibatkan kaum hawa!" Maka, jangan mimpi lah nak terjumpa pesakit lelaki terbaring dalam ward O&G! ehhh. Mungkin ada kalau si husband pengsan tengok isteri deliver baby keluar bykbykbyk darah! maka chop tumpang katil sat! heh :p



*psst.walau ramai Adam yang kadang-kadang cuba-cuba nak
nampak mcm Hawa, tapi melahirkan zuriat itu masih hak milik mutlak kurniaan Allah buat kaum Hawa. Manusia je yang suka perasan-perasan 'Maju', semua benda nak ubah, sampai ada hati nak langgar fitrah.*


Kalau nak tanya personal opinion tentang posting O&G, in this early two weeks, I would say it is 'Interesting but frustrating'! Haa statement kontroversi ala-ala artis gitu. phewit. Bukan apa, kita akan rasa kita jumpa banyak perkara-perkara menarik *tambah-tambah bila kau perempuan, menarik okay nak faham apa yang terjadi pada kau setiap bulan.lalala*

Cuma, sedikit menyakitkan hati bila kebanyakan nya perkara baru yang kadang-kadang ambil masa okay nak faham, apatah lagi nak ingat. Mesti terkebil-kebil dulu, dua tiga minit baru information dapat terjah cerebrum. Synapse delayed. tingtong! Rasa macam makhluk Planet Pluto baru nak adapt hidup kat Bumi! Hehhh!


Tapi yang adventurous nya bila kau dapat transformasi kan kesakitan hati kau orang kepada rasa 'Hey, aku kena baca lebih lagi mcm ni, satu apa pun tak ingat aduiyai'... Cuma kadang-kadang bukannya hari-hari kau akan kuat dan bertenaga untuk ada energy tahap petala nak transform kan kesakitan hati itu. Ada masanya baru selak satu muka, mata kau akan tersangatlah berat laksana ada orang gantung batu-bata kat mata. Belum apa-apa laju je nak tertutup. Tapi kena cuba juga laaa. Istiqamah itu kan perluuuu :)


Banyak perkara menarik yang teringin sangat nak share! especially my first labour experience. ehem. i mean my first time of seeing labour! :)

Subhanallah, kalau tengok labour tak mampu nak meningkatkan iman kita walaupun sedikit, haa cuba cek tang mana yang kurang betul nya tu. se
bab macam-macam yang kita boleh 'treasure' dari pengalaman melihat itu!

tapi wekk. tak nak share sekarang. haha. next time perhaps perhaps perhaps. InsyaAllah.

tata!

:)
ah comel comel :)


p.s : My lecturer said, next time when you become a mother, make sure you are not only have a mother-daughter relationship, but you need to be a friend of your daughter so that a daughter will share everything with you. :)

As a daughter, just share everything with your mother, the worst thing can happen is you will get scolded by her, but eventually everything will come to the right place. okay now i feel like i miss u miss u, mak! :(



Sunday, March 4, 2012

Bila duit dah macam air...

Assalamualaikum...

Berbulan sudah berlalu tanpa satu pun post kat blog. Posting specialty pun dah hampir-hampir nak tamat. hihi nak kata macam busy tu tak ada lah. sebab kalau nak ikut kan posting specialty ni lah yang lebih byk masa nak wiggle the toes! (finger extension supplied by Lumbar5!) ala2 peribahasa 'goyangkaki' tapi version medic sikit. haha.


mungkin perasan busy yang menyebabkan tak ada satu pun post! hmm sebenarnya agak terkejut bila beberapa bulan lepas pergi 'update' buku bank bersama-sama ibu terchinta! kira punya kira, amboi banyak nya hanisah belanja. beli apa duit sampai mengalir mcm air ni? duit minyak kereta ke? eh nak kata duit makan, bukan lah melantak makanan yang terhebat di dunia. Sama je macam orang lain makan. Nak kata habis kat shopping, tak ada lah berderet baju baru pun. aiyark, agak-agak nya kat mana lah duit main nyorok-nyorok ni? *tongkat dagu sambil buat-buat fikir*

sounds familiar tak situation di atas? hee kalau ada yang pernah rasa perkara yang sama, phew tak keseorangan lah saya hidup di dunia yang sementara ni macam tu. hihi.



Bila dunia semakin maju, barang-barang semakin mahal, dan kita pun semakin tak berapa sempat nak ambil tahu satu-satu di mana punca dan salah silap nya. sedar tak sedar, kita tarik-tarik duit tengok-tengok dah habis kan? T_T


Atau adakah kita... jeng3... seorang yang boros sebenarnya? Woot tak baik tau, membazir itu kan amalan syaitonnirojim... *air terpercik sikit kat muka sendiri*


Mungkin sebelum ni masa zaman sekolah-sekolah, kita masih boleh tadah tangan kat mak ayah minta duit belanja, masukkan barang-barang yang kita nak dala
m troli, atau merengek-rengek sikit nanti dapat laa tu. atau guna taktik, "mak, jehan tak pernah makan ni." sambil cakap kuat-kuat sampai orang lain dgr. mak yang malu ada anak tak tahu malu pun terpaksa lah beli. hahahaha taktik utk budak empat tahun boleh laa! >.<


Tapi bila dah besar ni, takkan lah hari-hari pun nak tadah walaupun ada kalanya terpaksa jugak tadah sebab hidup terasa tak cukup dgn duit scholar mahupun PTPTN. Dan pasti kalau kita merengek-rengek hentak kaki nangis2, ada potensi nak dapat... dapat pelempang sedas dua. *soundeffect lempang2 sikit* hehe tak tak mak ayah mana sampai hati nak lempang anak-anak punya, anak zaman sekarang kan ala2 manja sikit. ye ke?

Belum masuk lagi nak fikir hidup masa hadapan. Kalau-kalau ada keluarga nanti *ehem2* tak akan laa masih nak belanja sesuka hati. Hujung bulan tak cukup duit, lampin dan baju anak nanti macam mana siapa nak beli? aiyark. ok mungkin terfikir terlebih jauh sudah. tapi kan sebenarnya kan, dari sekarang lah kita perlu belajar menguruskan perbelanjaan supaya kita sendiri yang tak susah di masa hadapan. eceh.

Easier said than done rite? *Manusia, biasa lah tu* Tapi tak bermakna kita tak perlu berusaha. Setelah berfikir-fikir, mungkin saya sendiri dan mereka yang berminat boleh melihat pembongkaran rahsia ke mana kah hilangnya duit kita...

Mungkin tak signifikan, tapi orang cakap, sikit-sikit lama-lama jadi bukit yaw?


1) Agak-agaknya satu hari berapa jam kita guna laptop. Kalau tak guna, adakah kita akan biarkan ternganga juga? *oops bil elektrik boleh meningkat di situ*

Eh tapi kalau guna untuk belajar tak apa, cuma yang penting, buka bila nak guna, tutup bila tak guna. *peringatan utk diri sendiri juga!*

2) Lampu, kipas, dan yang seantero dengannya mcm mana? Buka sepanjang masa walaupun tak ada org ke? Memanglah mahal bil mcm tu. Tapi kalau nak belajar dan bilik pula gelap, jangan segan2 buka lampu. Sebab nanti bila rabun, lagi susah. Tak murah tau cermin mata sekarang!

3) Satu minggu berapa kali basuh baju? Haa apa kata kita tunggu bakul penuh sikit laa baru basuh. Tak ada laa penat sangat washing machine nak pusing banyak-banyak kali. *bil elektrik akan berjaya dikurangkan! syabas!* :)

4) Pembaziran terbesar! Tiap-tiap hari pun nak stay-up beli nescafe ais ataupun nescafe tin kat 7E. 1 tin katalah rm1.80, satu minggu dah berapa? satu bulan? hihi saya lah tu suka sangat beli nescafe. Maka jalan penyelesaian nya bukan lah membiarkan diri kempunan tak minum nescafe, tapi beli nescafe serbuk, beli susu 1 tin, masak air, buat sendiri! habis cerita. Berbulan punya stock pun dapat.

malas? erm erm. tu lah harga yang paling mahal kita kena bayar untuk semua kerugian kita!

5) minyak kereta? oh yang ini memang tak dapat laa. Takkan nak ganti minyak masak kan? hihi. Tapi apa kata kita car-pool? hari ni kita amek awak, esok awak amek kita. LOL :p membantu mengurangkan kesesakan lalulintas dan jimat sikit parking. *ah esok isnin, bermula lagi persaingan parking kat college. argggh *


6) basuh kereta? ish2 kalau yang autowash tu rm3, tapi nanti kereta tak bersih cemano. Basuh laa sendiri. memanglaa tak berapa nak bersih juga, tapi at least tak ada lah nampak sangat habuk berinci-inci. Mungkin sekali sebulan boleh laa bawak kereta pi mandi tempat up sikit yang sepuluh hengget basuh luar dan dalam, kereta pun nak rasa pi spa jugak, cuma tak perlu lah selalu!

7) Makan! taraaa. di sini lah rahsia utama pengembaraan kita mencari di mana hilangnya duit! biasa kalau makan order air apa? hehe dah kalau tiap-tiap kali makan pun minum bubble tea sama fruit juice tu, tak payahlaa buat-buat hairan duit hilang. haha. selalu-selalu kan lah order 'skyjuice'. sekali-sekala baru fruit juice. gaya hidup sihat sikit!


bawa botol pergi class pun nice jugak. takkan hari-hari pun nak beli mineral water.
Tapi beli yang cute-cute sikit, oh BPA free tau!



Sebenarnya, cara terbaik nak kurangkan perbelanjaan makan ni, sure laa kena masak sendiri. Padahal bahan berapa ringgit je kot, tapi kalau pi makan kat kedai banyak pulak duit kena paksa rela tarik keluar dari wallet. Nak cari yang tak sakit perut dan outlet yang terjamin halalnya pun satu hal. Belum masuk lagi.... *acah je nak bebel panjang-panjang* haha. Tapi insyaAllah banyak yang dapat dijimatkan dengan memasak.

Tapi faham je yang tak semua orang ada masa nak masak sendiri, tapi tak payah laa masak yang susah-susah. Masak yang pungpangpungpang siap tu! hee kadang-kadang masa tu yang mahal jugak kan? So lets use our time wisely! :)

Katakanlah kalau ada masa teringin nak makan apa-apa tu, tak salahnya nak pergi je makan kalau berduit. Jangan hari-hari pun teringin sudah lah. Lepas tu nanti complain duit tiba-tiba hilang dari wallet. hihi.

8) Never shopping without plan and list! Nanti semua pun rasa nak beli. Serius. Dah banyak kali rasa dah! hehe.


9) Have your own shopping book! Tengok berapa byk duit keluar masuk. Tak ada lah insiden duit hilang tiba-tiba lagi. Kalau ada masanya terpaksa belanja banyak, tapi kita dah berusaha untuk berjimat dan kita tahu ke mana perginya duit kita, tak ada lah rasa ralat sangat kan?


10) Make sure ada tabung! Coin bank ke. Haaa masukkan lah mana duit lebih-lebih lepas beli barang tu. Tak pun allocate yourself to put at least rm3 every week ke. Kalau yang jutawan sikit, rm 10 seminggu pun tak apa. Kalau dah kerja nanti, simpan lebih sikit tau!

11) Jimat tu jimat jugak, tapi lagi best kalau kita boleh save kan sikit duit every month utk tujuan sedekah. Tak perlu juta-juta, seringgit seminggu pun memadai, asalkan kita ikhlas dan amalan kita berterusan. Sebab mahal macam mana pun barang-barang dunia tu, mahal lagi syurga tau! Redha Allah je yang boleh bawa kita masuk, nak harap amalan sendiri belum tentu lagi. Jom bersedekah jom. :)


taraaa! cannot think of any other idea. I hope this is sufficient enough to help me and those in the same boat like me! Allah sayang orang yang berjimat-cermat. Plus this is a step for your brighter future! Because money is not everything, but everything needs money! :)

Wallahua'alam...

p/s : annoyingnya blogspot bila bermasalah tak boleh nak buat tulisan colour-colour. alaa.

Friday, January 13, 2012

End of posting! :)


Assalamualaikum! :)


Its friday morning! Rasa macam tak percaya jumaat pagi ada masa nak duduk-duduk online sambil minum coffee dan makan Jacobs Sunlife Breakfast Biscuits! marvellous!

tak sah okay sehari tak minum caffeine. tapi tak minumlah macchiato esspresso yang mahal oh! hehe saya minum Nescafe Mocha dlm tin tu je awak.


Huu jangan harap lah kan hari-hari biasa nak dapat peluang macam ni. Mesti sekarang tengah nervous-nervous pergi cari balik patient nak lengkapkan history taking sebelum present kat doctor. Tak pun tengah lenguh-lenguh kaki berdiri berjam-jam time bedside. hee tapi kalau memang itu yang kita nak buat untuk hidup ni dan kita rasa happy dengan apa yang kita buat, lenguh-lenguh tu kita pi tolak tepi-tepi sikit laa naa. :p


Alhamdulillah. Sebenarnya semalam baru je habis dgn jayanya (eh berjaya ke? mcm belum berapa bagus je hanisah ni) 2nd posting for this year. SSM module which consists of medicine for 3 weeks, elective for 1 week, and surgery for 3 weeks. Seperti biasanya, masa berlalu dengan sangat cepat sampai macam tak sangka dah habis pun, sebab masih terasa perasaan 'hari pertama' tu! tup-tup siap dah end of posting exam je semalam. hee :p


Laju laju laju sangat sampai baru perasan tak ada satu pun blog post pasal posting ni. Masa posting Paediatrics dulu siap ada 3 posts you! hehe tak ada niat nak bias pun. It is not that i do not like dealing with adult patients, suka je! but i think i adore kids much more kot. because they are cute creatures! Subhanallah hebat kan Allah yang Maha Pencipta! :)


See you next week Opthalmo! :)