Bila kita dah buat keputusan untuk kembali ke jalanNya,
Harus untuk kita buat keputusan itu keranaNya,
Kita tak buat untuk manusia-manusia di kiri kanan kita.
Bila kita dah buat keputusan untuk kembali ke jalanNya,
Kita tidak perlu ruang untuk rasa ragu-ragu dengan tindakan kita,
Kerana apa yang kita perlu hanya istiqamah dalam memperbaiki diri dan amalan-amalan kita.
Bila kita dah buat keputusan untuk kembali ke jalanNya,
Kita ubah cara pemakaian kita kerana kita nak ikut perintahNya,
Kita berpesan-pesan dengan kebaikan kepada orang lain bukan untuk buat kita nampak baik dalam pandangan manusia,
Tapi sebenarnya kita sendiri sedang cuba untuk tarbiah diri kita,
Kadang-kadang nampak macam kita nak nasihat orang lain tapi sebenarnya kita tengah nasihatkan diri kita,
Bukan untuk hipokrit atau berpura-pura tapi kita sedang berjuang melawan kelalaian kita,
Sebab iman itu ada turun naiknya,
Maka kita perlu versus dengan diri untuk mempertahankan mujahadah kita,
Bila kita dah buat keputusan kembali ke jalanNya,
Kita sebenarnya dah buat keputusan untuk mengejar redhaNya,
Jadi kenapa kita masih melihat diri kita dalam ukur pandang penghakiman manusia?
Kalau akhirnya yang nak menilai amal baik buruk kita bukan mereka.
Tapi Allah yang Esa...
2 comments:
Salam, jlo! 101% true ;-) insyallah, semakin kt ingin dekat kpd Allah, semakin dekat Dia pd kt... Miss u ~
maap laa syg. lama tak buka blog. insyaAllah, tp nak istiqamah tu tak mudah kan? :( miss u too! *sangat*
Post a Comment