When ALLAH brings you to it, HE will bring you through it... (=

Saturday, April 7, 2012

29 March 2012 :)


Assalamualaikum...

Haa sebelum nak bebel panjang-panjang, thank you semua orang for your birthday wishes and presents. Thank you for the thoughts. Tak kisah lah yang kenal kat tadika, sekolahrendah, knights!, tkc, MSU ataupun Rcmp...

able to know all of you pun dah cukup bermakna dah. A really big gift and present from Allah :)

Terimakasih makabah yang syg anak perempuan dia sungguh-sungguh walaupun anak dia kadang-kadang mengada-ngada tiap-tiap minggu pun nak balik rumah. haha. But seriously, your loves are irreplaceable. Jehan selalu harap i can be a good daughter, anak solehah yang boleh bantu makabah dunia akhirat insyaALLAH. aminn.

Oh thank you tak terhingga for all the wonderful presents! ^_^

gemuk laa makan chocolate satu bar mcm ni. haha. najlaa, thank you for the gift, thank you for the friendship :)


Sometimes a friend, sometimes a sister, but always a good company :)
D, thank you for everything. Gumbira Allah bagi saya peluang kenal awak :)


Thank you for hearing all the silly things that come out from this silly mouth sometimes. haha. thank you for all the sharing nadiahkamal:)





Thank you bersusah payah bake sendiri. comel sangat mcm org yang buat dia.
dah boleh buka bakery dah ni masshie. hihi :)



Adik! haha okay please jangan muntah sebab aku panggil kau adik. haha.
hambali, thank you. Sorry for not being a really good and understanding sister.
Ye laa kadang-kadang aku mcm budak-budak sikit. nak buat mcm mana, kakak kau awet muda. LOL LOL.
Yes I know selalu dan banyak membebel, but thats simply because i want the best things to happen to you! :)

Thank you semua orang! :)


Tak sangka. pejam celik pejam celik dah dua puluh tiga tahun Allah bagi peluang hidup kat dunia.

So much things happen before and insyaAllah kalau masih belum dipanggil bertemuNya, there is a lot more waiting for me in the future. But after all, living in this temporary world is too short if you want to compare it in the hereafter. yang tu lagi selama-lama-lama-lamanya.

kalau kita boleh buat timeline, (macam facebook timeline yang annoying tu.haha) timeline sampai akhirat itu infiniti tau. Takut tak kalau yang infiniti itu nanti kita hidup dalam keadaan tak gembira, setelah bersukaria bergumbira di dunia yang sekejap ini? jeng3.

takut kan...

Kadang-kadang rasa macam tak percaya dah dua puluh tiga. Sebab nombor tu macam sangat banyak. Kerana rasa diri terlalu kecil untuk diiktiraf sebagai dua puluh tiga, i even asked my friend;

"Masa awak dua puluh tiga dulu awak mcm mana?"

Rasa kelakar bila ingat balik how nervous i am bila dah nak dekat-dekat dua puluh tiga. Risau diri belum cukup besar dan belum cukup matang untuk jadi dua puluh tiga. Haha apa-apa entah hanisah ni. >.<

Somehow setelah dua puluh tiga tahun, hanisah rasa bersyukur sangat sebab Allah beri kesempatan untuk melihat balik diri kita yang sudah-sudah. Allah beri kesempatan untuk kita mengubah apa yang kita pasti bukan sesuatu yang baik untuk kita. dan paling penting, Allah beri peluang untuk kita kembali mengejar kasihsayangNya.

Macam mana buruk dan huduhnya kita, Allah sentiasa beri peluang untuk kita perbetulkan keadaan, selagi nyawa belum sampai di rengkungan. Apabila Allah bagi kasihsayang dan kurnia yang sangat-sangat banyak ni kepada kita, kenapa kita sendiri yang menolak, lari dari kasihsayangNya?

..........

Bila hati rasa terusik dan ingin kembali kepadaNya, jangan ragu-ragu nak mulakan langkah. Kalau kita tak mula hari ini, takut kita tak akan berkesempatan nak mula nanti.

Hee nak tunggu birthday berapa tahun lagi baru nak mula? Itupun kalau sempat kan. teehee.

Future here i come! I do not know what is waiting for me in the future. Semua orang ada impian, tapi tak semua impian itu akan jadi kenyataan sebab Allah sentiasa ada perancangan yang lebih baik untuk kita. :)



Terima kasih Allah sebab pertemukan dengan ramai 'wonderful people'. Ada yang Allah pertemukan untuk mengisi hari-hari kita, ada yang Allah pertemukan untuk membantu kita, tak kurang juga yang Allah pertemukan semata-mata untuk menguji kita. Tapi yang penting, setiap pertemuan yang Allah aturkan itu, satu pertemuan bermakna. Bukan untuk sia-sia :)











No comments: