When ALLAH brings you to it, HE will bring you through it... (=

Wednesday, June 6, 2012

Seri Kenangan insights

Assalamualaikum...

Pernah atau tidak kita terfikir, andai kita dikurniakan umur yang panjang oleh Allah, bagaimana agaknya kita akan menghadapi hari-hari tua kita? Bagaimana agaknya kita akan 'cope' dengan hakikat penuaan yang kita tidak akan secergas dan sesihat hari-hari muda kita? Bagaimana agaknya akan kita habiskan sisa-sisa kehidupan kita? Berseorangan, kesunyian atau masih hidup berteman?

Haha. Suspen ke entry hidup berteman berteman ni. :p Sebenarnya lawatan ke rumah Seri Kenangan siang hari tadi sedikit sebanyak membuat kan manusia yang sedikit tetapi belum terlalu tua ini berfikir dan sedikit sebanyak refleksi diri. Tugasan untuk menemuramah berbual ala-ala mesra dengan warga tua sedikit sebanyak memberi insight baru kepada saya, warga macam muda tapi sebenarnya tak berapa tua. :p

Beliau sentiasa ceria dan happy go lucky melayan kami yang sok sek sok sek sibuk semua benda pun nak tanya itu banyak berkongsi pengalaman kehidupan nya dengan kami. Mungkin ceria itu lah rahsia awet muda beliau! Haa pi bawak lari muka sedih tu jauh-jauh. :p Sedikit kagum dengan pakcik yang walaupun sudah di usia sebegitu masih sihat dan cergas bergerak ke sana sini, siap berjaya tanam pokok pisang lagi! Itulah contoh 'Life expectancy' manusia dunia sudah meningkat sekarang ini, 'Iman Expectancy' bagaimana? Jeng3.

Tak perlu diceritakan apa perkongsian kami, ye laa sekali sekala kena berahsia mana boleh semua benda nak cerita! Haip haip. Cuma saya sedikit tertarik apabila pakcik memberi nasihat kepada kami:

"Semasa muda ni, cari pengalaman banyak-banyak. Supaya bila kamu sudah tua nanti akan ada perkara menarik yang boleh kamu ingatkan kembali, yang boleh buat kamu tersenyum senang hati. Kalau tak buat apa-apa dalam hidup, sebab tu ramai yang menangis sendiri-sendiri apabila dah tua sebab tak ada apa perkara menarik lain nak diingat lagi."

"Hidup di Kuala Lumpur tu, pakcik duduk dalam rumah batu sahaja, bukannya ada buat apa-apa. Pakcik lebih suka duduk sini, macam-macam perkara dan macam-macam orang kita boleh jumpa untuk tambah pengalaman kita."

Cerita pakcik buat saya teringat kepada pertandingan rebut gula-gula yang saya selalu join masa masih kecik-kecik comel tiga, empat tahun dulu. Tak 80's 90's nya awak kalau tak pernah join pertandingan tu!

Terasa rugi tak kalau kita masuk pertandingan rebut gula-gula, yang mana kita kena rebut gula-gula sebanyak mungkin dalam masa tiga minit, tapi kita asyik sibuk tengok orang lain kutip gula-gula, kita terlalu ragu-ragu gula-gula mana satu kita nak rebut, akhirnya masa habis dan kita tak dapat rebut satu pun gula-gula. Cuba bayangkan kita kanak-kanak yang tak dapat gula-gula tu, sedihnya!

Hee tak menarik eh cerita rebut gula-gula kat kanak-kanak dewasa? LOL. Untungnya, pertandingan rebut gula-gula itu kita tahu kita hanya ada 3 minit untuk mencuba, tapi hidup ini, kita sendiri tak tahu berapa banyak masa lagi kita ada sebenarnya. Oh hidup ini sangat bukan cerita 'In Time', ada tulis kat tangan berapa banyak lagi tinggal peluang hidup kita. Oh tidak tidak sangatlah bukan. Rugi tak kalau sebenarnya kita hanya tinggal satu hari dalam kehidupan kita, tapi kita masih terleka? Takut nyaaaaa.


Orang kata anak sungai lagi berubah, ini pula hati manusia. eceh! Yang baik tak akan kekal baik selamanya sekiranya dia tidak berusaha menjaga dirinya dgn baik, yang kurang baik itu sentiasa ada peluang dan potensi nak jadi baik. Nak atau tak nak je sebenarnya. :)


Mengingati mati. Cubalah. Kerana mengingati mati itu akan buat kita lebih berusaha untuk meningkatkan amal yang pastinya tidak lah sebanyak mana. Walaupun sedar tidak sedar sudah lebih dua dekad hidup di dunia ini sebenarnya. Malu lah tak mampu menyumbang apa-apa, sedangkan semasa umur dua puluhan lagi Sultan Muhammad Al-Fateh telah membuka Kota Constantinople tau! *kalau malu jangan hanya tutup muka, mari kita sama-sama usaha*

InsyaAllah :)

p.s : di sebalik usia, ada macam-macam cerita dunia.