When ALLAH brings you to it, HE will bring you through it... (=

Sunday, March 4, 2012

Bila duit dah macam air...

Assalamualaikum...

Berbulan sudah berlalu tanpa satu pun post kat blog. Posting specialty pun dah hampir-hampir nak tamat. hihi nak kata macam busy tu tak ada lah. sebab kalau nak ikut kan posting specialty ni lah yang lebih byk masa nak wiggle the toes! (finger extension supplied by Lumbar5!) ala2 peribahasa 'goyangkaki' tapi version medic sikit. haha.


mungkin perasan busy yang menyebabkan tak ada satu pun post! hmm sebenarnya agak terkejut bila beberapa bulan lepas pergi 'update' buku bank bersama-sama ibu terchinta! kira punya kira, amboi banyak nya hanisah belanja. beli apa duit sampai mengalir mcm air ni? duit minyak kereta ke? eh nak kata duit makan, bukan lah melantak makanan yang terhebat di dunia. Sama je macam orang lain makan. Nak kata habis kat shopping, tak ada lah berderet baju baru pun. aiyark, agak-agak nya kat mana lah duit main nyorok-nyorok ni? *tongkat dagu sambil buat-buat fikir*

sounds familiar tak situation di atas? hee kalau ada yang pernah rasa perkara yang sama, phew tak keseorangan lah saya hidup di dunia yang sementara ni macam tu. hihi.



Bila dunia semakin maju, barang-barang semakin mahal, dan kita pun semakin tak berapa sempat nak ambil tahu satu-satu di mana punca dan salah silap nya. sedar tak sedar, kita tarik-tarik duit tengok-tengok dah habis kan? T_T


Atau adakah kita... jeng3... seorang yang boros sebenarnya? Woot tak baik tau, membazir itu kan amalan syaitonnirojim... *air terpercik sikit kat muka sendiri*


Mungkin sebelum ni masa zaman sekolah-sekolah, kita masih boleh tadah tangan kat mak ayah minta duit belanja, masukkan barang-barang yang kita nak dala
m troli, atau merengek-rengek sikit nanti dapat laa tu. atau guna taktik, "mak, jehan tak pernah makan ni." sambil cakap kuat-kuat sampai orang lain dgr. mak yang malu ada anak tak tahu malu pun terpaksa lah beli. hahahaha taktik utk budak empat tahun boleh laa! >.<


Tapi bila dah besar ni, takkan lah hari-hari pun nak tadah walaupun ada kalanya terpaksa jugak tadah sebab hidup terasa tak cukup dgn duit scholar mahupun PTPTN. Dan pasti kalau kita merengek-rengek hentak kaki nangis2, ada potensi nak dapat... dapat pelempang sedas dua. *soundeffect lempang2 sikit* hehe tak tak mak ayah mana sampai hati nak lempang anak-anak punya, anak zaman sekarang kan ala2 manja sikit. ye ke?

Belum masuk lagi nak fikir hidup masa hadapan. Kalau-kalau ada keluarga nanti *ehem2* tak akan laa masih nak belanja sesuka hati. Hujung bulan tak cukup duit, lampin dan baju anak nanti macam mana siapa nak beli? aiyark. ok mungkin terfikir terlebih jauh sudah. tapi kan sebenarnya kan, dari sekarang lah kita perlu belajar menguruskan perbelanjaan supaya kita sendiri yang tak susah di masa hadapan. eceh.

Easier said than done rite? *Manusia, biasa lah tu* Tapi tak bermakna kita tak perlu berusaha. Setelah berfikir-fikir, mungkin saya sendiri dan mereka yang berminat boleh melihat pembongkaran rahsia ke mana kah hilangnya duit kita...

Mungkin tak signifikan, tapi orang cakap, sikit-sikit lama-lama jadi bukit yaw?


1) Agak-agaknya satu hari berapa jam kita guna laptop. Kalau tak guna, adakah kita akan biarkan ternganga juga? *oops bil elektrik boleh meningkat di situ*

Eh tapi kalau guna untuk belajar tak apa, cuma yang penting, buka bila nak guna, tutup bila tak guna. *peringatan utk diri sendiri juga!*

2) Lampu, kipas, dan yang seantero dengannya mcm mana? Buka sepanjang masa walaupun tak ada org ke? Memanglah mahal bil mcm tu. Tapi kalau nak belajar dan bilik pula gelap, jangan segan2 buka lampu. Sebab nanti bila rabun, lagi susah. Tak murah tau cermin mata sekarang!

3) Satu minggu berapa kali basuh baju? Haa apa kata kita tunggu bakul penuh sikit laa baru basuh. Tak ada laa penat sangat washing machine nak pusing banyak-banyak kali. *bil elektrik akan berjaya dikurangkan! syabas!* :)

4) Pembaziran terbesar! Tiap-tiap hari pun nak stay-up beli nescafe ais ataupun nescafe tin kat 7E. 1 tin katalah rm1.80, satu minggu dah berapa? satu bulan? hihi saya lah tu suka sangat beli nescafe. Maka jalan penyelesaian nya bukan lah membiarkan diri kempunan tak minum nescafe, tapi beli nescafe serbuk, beli susu 1 tin, masak air, buat sendiri! habis cerita. Berbulan punya stock pun dapat.

malas? erm erm. tu lah harga yang paling mahal kita kena bayar untuk semua kerugian kita!

5) minyak kereta? oh yang ini memang tak dapat laa. Takkan nak ganti minyak masak kan? hihi. Tapi apa kata kita car-pool? hari ni kita amek awak, esok awak amek kita. LOL :p membantu mengurangkan kesesakan lalulintas dan jimat sikit parking. *ah esok isnin, bermula lagi persaingan parking kat college. argggh *


6) basuh kereta? ish2 kalau yang autowash tu rm3, tapi nanti kereta tak bersih cemano. Basuh laa sendiri. memanglaa tak berapa nak bersih juga, tapi at least tak ada lah nampak sangat habuk berinci-inci. Mungkin sekali sebulan boleh laa bawak kereta pi mandi tempat up sikit yang sepuluh hengget basuh luar dan dalam, kereta pun nak rasa pi spa jugak, cuma tak perlu lah selalu!

7) Makan! taraaa. di sini lah rahsia utama pengembaraan kita mencari di mana hilangnya duit! biasa kalau makan order air apa? hehe dah kalau tiap-tiap kali makan pun minum bubble tea sama fruit juice tu, tak payahlaa buat-buat hairan duit hilang. haha. selalu-selalu kan lah order 'skyjuice'. sekali-sekala baru fruit juice. gaya hidup sihat sikit!


bawa botol pergi class pun nice jugak. takkan hari-hari pun nak beli mineral water.
Tapi beli yang cute-cute sikit, oh BPA free tau!



Sebenarnya, cara terbaik nak kurangkan perbelanjaan makan ni, sure laa kena masak sendiri. Padahal bahan berapa ringgit je kot, tapi kalau pi makan kat kedai banyak pulak duit kena paksa rela tarik keluar dari wallet. Nak cari yang tak sakit perut dan outlet yang terjamin halalnya pun satu hal. Belum masuk lagi.... *acah je nak bebel panjang-panjang* haha. Tapi insyaAllah banyak yang dapat dijimatkan dengan memasak.

Tapi faham je yang tak semua orang ada masa nak masak sendiri, tapi tak payah laa masak yang susah-susah. Masak yang pungpangpungpang siap tu! hee kadang-kadang masa tu yang mahal jugak kan? So lets use our time wisely! :)

Katakanlah kalau ada masa teringin nak makan apa-apa tu, tak salahnya nak pergi je makan kalau berduit. Jangan hari-hari pun teringin sudah lah. Lepas tu nanti complain duit tiba-tiba hilang dari wallet. hihi.

8) Never shopping without plan and list! Nanti semua pun rasa nak beli. Serius. Dah banyak kali rasa dah! hehe.


9) Have your own shopping book! Tengok berapa byk duit keluar masuk. Tak ada lah insiden duit hilang tiba-tiba lagi. Kalau ada masanya terpaksa belanja banyak, tapi kita dah berusaha untuk berjimat dan kita tahu ke mana perginya duit kita, tak ada lah rasa ralat sangat kan?


10) Make sure ada tabung! Coin bank ke. Haaa masukkan lah mana duit lebih-lebih lepas beli barang tu. Tak pun allocate yourself to put at least rm3 every week ke. Kalau yang jutawan sikit, rm 10 seminggu pun tak apa. Kalau dah kerja nanti, simpan lebih sikit tau!

11) Jimat tu jimat jugak, tapi lagi best kalau kita boleh save kan sikit duit every month utk tujuan sedekah. Tak perlu juta-juta, seringgit seminggu pun memadai, asalkan kita ikhlas dan amalan kita berterusan. Sebab mahal macam mana pun barang-barang dunia tu, mahal lagi syurga tau! Redha Allah je yang boleh bawa kita masuk, nak harap amalan sendiri belum tentu lagi. Jom bersedekah jom. :)


taraaa! cannot think of any other idea. I hope this is sufficient enough to help me and those in the same boat like me! Allah sayang orang yang berjimat-cermat. Plus this is a step for your brighter future! Because money is not everything, but everything needs money! :)

Wallahua'alam...

p/s : annoyingnya blogspot bila bermasalah tak boleh nak buat tulisan colour-colour. alaa.

2 comments:

masshie mastura said...

hanisah bolehla buat tulisan kaler2.

suka part, hari ni saye ambil, esok awk pulak. huehue ;P

hanisahmckenn said...

sebelum ni pernah try boleh je. tapi skrg cuba, tak boleh pulak. cis >.<

saya suka juga! tp skrg dah tak dpt sama-sama dah :(