When ALLAH brings you to it, HE will bring you through it... (=

Friday, June 3, 2011

Puh puh pergilah 'malas' itu jauh-jauh.

Mata sudah hampir seperti mahu tertutup. Mengantuk. Dulu waktu-waktu ini masih boleh buat macam-macam lagi, dan pasti tidur itu menjadi perkara terakhir dalam 'things to do' list. Tapi sekarang penat yang terlalu cepat menjengah membuatkan diri sering mengaku kalah.

Jangan selemah itu, Hanisah.

:)

*senyum lebar-lebar, sambil mata sepet-sepet nak tertutup.*



Sesungguhnya bagi mereka yang hatinya hidup dengan mengingatiNya, istilah-istilah penat, malas dan mengaku kalah ini akan selalu tersingkir jauh.

Kerana apa?


Kerana sesungguhnya setiap nafas, detik, minit dan hari-hari yang mereka lalui itu bukan sekadar masa yang dibiar terlepas, kerana orang beriman yang bijak itu akan menjadikan seluruh kehidupannya itu sebagai suatu ibadah.


Bukan hanya solat dan zikrullah itu yang ibadah...
Tidak terhad dengan puasa dan membaca Al-Quran itu sahaja yang dikira ibadah...

Sebaliknya...

makan, minum, tidur, menuntut ilmu, bersahabat, setiap satu perkara itu merupakan ibadah sekiranya kita memanfaatkannya dan memanifestasikan seluruh kehidupan kita ini sebagai ibadah.



Tetapi haruslah yang utamanya kita jadikan setiap perkara yang kita lakukan itu diniatkan untuk mendapat keredhaan Allah. Malah dalam mengejarnya juga, haruslah kita beradab mengikut garis pandu yang ditetapkan syarak dan sunnah, serta tidak mencampur adukkan antara yang halal dan haram.


Menuntut ilmu itu dapat menjadi ibadah, namun andai disertakan dengan perkara-perkara maksiat, pastilah tidak layak ianya kita tarafkan sebagai satu ibadah.

Bukan begitu?



Alhamdulillah sekiranya kita berjaya memanifestasikan seluruh kehidupan kita itu sebagai satu ibadah.Semoga ibadah-ibadah ini tidaklah sehingga menjejaskan kekhusyukkan kita dalam ibadah-ibadah utama dalam Rukun Islam yang lima.

InsyaAllah, sama-sama kita perbaiki diri. :)

No comments: