When ALLAH brings you to it, HE will bring you through it... (=

Wednesday, August 10, 2011

Macam sama tapi tak serupa.

Assalamualaikum...

Pernah atau tidak?
Kita solat..
Ya, nampak sama macam orang lain solat...
Orang rukuk kita rukuk, Orang sujud kita sujud,
Tapi orang lain tenang, kita pula gelisah tak tentu hala.


Pernah atau tidak?
Kita berdoa..
Ya, nampak sama mcm orang lain berdoa...
Orang lain tadah tangan, Kita pun tadah tangan juga,
Tapi orang lain sungguh-sungguh beribadah kepadaNya, kita tadah langit semata-mata .


Pernah atau tidak?
Kita baca ayat-ayat dari kitabNya..
Ya, nampak sama mcm orang lain baca...
Orang panjangkan bacaan 2 harkat bila jumpa mad asli, kita pun panjangkan juga apa,
Tapi orang lain dapat pelajaran darinya, kita masih terpinga-pinga selepas membaca.


Pernah atau tidak?
Kita puasa. Eh bulan Ramadhan mestilah puasa...
Orang sahur kita sahur, Orang berbuka kita pun berbuka,
Tapi orang lain dapat pahala, kita dapat lapar dan dahaga semata-mata.


'Risaunya.Kalau ibadah kita selama ini hanya penuhkan syarat dan ikut-ikutan semata-mata, bukan ke ibadah tu untuk mengejar redhaNya?'



Betulkan niat, Tingkatkan ilmu, Banyakkan amal. jom sama2 :)



^_^





No comments: